Rabu, 29 Julai 2020

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation(PNF)

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) merupakan satu set senaman yang advance untuk meregangkan otot dan menggalakkan keupayaan melentur(flexibility). Dengan PNF, kumpulan otot diletakkan dalam rutin regangan dan penguncupan.
 
Kaedah senaman ini secara teknikalnya sering digunakan dalam proses rehabilitasi oleh sebab tahap keberkesanannya sangat terbukti, ia juga membantu dalam meningkatkan kekuatan(strength) kumpulan otot tertentu.
 
Perkara yang perlu diambil kira sebelum melakukan PNF
 
Teknik regangan PNF akan menyebabkan berlaku peningkatan sedikit tekanan tambahan kepada otot-otot tertentu secara spesifik. Ini akan meningkatkan risiko kepada kecederaan terhadap tisu-tisu lembut di dalam tubuh badan. Sebaiknya, sebelum melakukan aktiviti PNF, anda digalakkan untuk meningkatkan keupayaan fizikal terlebih dahulu dengan melibatkan diri dengan latihan conditioning atau lebih baik mendapatkan urutan sukan secara berkala. Juga, aktiviti warm-up dan cooling-down perlu dititikberatkan dalam semua aktiviti fizikal yang diceburi.
 
Jika anda sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan melentur ataupun meningkatkan prestasi dalam sukan, PNF merupakan elemen yang paling penting untuk anda titik beratkan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kekuatan otot dan sendi sebelum bersukan, malah ia juga membantu anda untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada kecederaan yang berkaitan dengan sukan yang anda ceburi. Ia juga mampu membantu dalam proses rehabilitasi bagi sesetengah individu yang sedang mengalami kecederaan. Bersukan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi minda dan keupayaan lain dalam tubuh badan tetapi jangan abaikan aktiviti regangan kerana ia kadang kala menjadi punca kepada kelesuan dan kesakitan yang berpanjangan.
 
Di sini kami sertakan sedikit sedutan aktiviti regangan yang dijalankan dalam kursus asas urutan sukan yang kami anjurkan. Teknik yang digunakan merupakan teknik asas untuk diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja tamat sesi urutan sukan. 


 

0 ulasan: