URUTAN SUKAN DAN KECERGASAN

Perkhidmatan urutan sukan yang spesifik kepada pemulihan otot dan kecergasan.

URUTAN REMEDIAL SUKAN

Perkhidmatan urutan bagi pemulihan kecederaan.

KURSUS URUTAN SUKAN

Pelajari teknik urutan sukan dari asas hingga mahir.

RAKAN RECOVERY ANDA

Perkhidmatan urutan sukan serta pemulihan kepada acara-acara sukan dan korporat.

MEDICAL COVERAGE UNTUK PASUKAN

Perkhidmatan medical coverage untuk pasukan anda.

Khamis, 30 Julai 2020

Sejarah Sports Massage di Malaysia

Dalam masa sekarang ni memang banyak kita dapat jumpa sports massage di mana-mana di Malaysia. Boleh dikatakan disetiap negeri ada sahaja pengamal-pengamal atau dikenali juga sebagai sports masseur yang boleh kita jumpa dan dapatkan perkhidmatannya.

Ini kerana teknik-teknik dalam sports massage sangat praktikal dan bersesuaian untuk semua golongan dan bukannya terhad atau ekslusif untuk atlet sahaja. Bagi mereka-mereka yang pernah rasakan sports massage pasti anda setuju dengan pendapat kami.

Sejarah Sports Massage di Malaysia.

Sports massage bukanlah perkara baharu di negara kita. Ia bermula pada 1996 dimana pihak Majlis Sukan Negara(MSN) telah menghantar beberapa orang ke Australia untuk mempelajari teknik-teknik spesifik sports massage untuk di praktikkan kepada atlet elit Malaysia ketika itu untuk persiapan ke Sukan Commonwealth 1998 yang mana kita menjadi tuan rumah untuk julung kalinya.

Dan sepertimana yang kita sedia maklum, atlet-atlet negara kita telah mengumpul 10 pingat emas keseluruhan dan itu merupakan pencapaian yang paling tinggi bagi kontinjen Malaysia sejak pertama kali menyertai Sukan Commonwealth. Masih ingatkah anda dengan nama-nama seperti Sapok Biki, G. Saravanan, Nurul Huda Baharin dan pasukan gimrama yang diangotai oleh gimnas muda terbaik negara seperti Sarina Sundara Rajah, Thye Chee Kiat, El Regina Tajudin dan Carolyn Au-Yong.

Sejak daripada itu, penggunaan sports massage menjadi satu elemen penting dalam aspek penyediaan atlet malah untuk pertandingan juga. Jadi, bagi mereka-meraka yang mementingkan peningkatan prestasi dalam aktiviti fizikal sebaiknya terapkan elemen sports massage dalam komponen latihan supaya matlamat untuk mencapai sasaran menjadi kenyataan.

Kami sediakan video untuk penerangan lebih lanjut mengenai sports massage untuk rujukan anda bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepenting sports massage.


Rabu, 29 Julai 2020

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation(PNF)

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) merupakan satu set senaman yang advance untuk meregangkan otot dan menggalakkan keupayaan melentur(flexibility). Dengan PNF, kumpulan otot diletakkan dalam rutin regangan dan penguncupan.
 
Kaedah senaman ini secara teknikalnya sering digunakan dalam proses rehabilitasi oleh sebab tahap keberkesanannya sangat terbukti, ia juga membantu dalam meningkatkan kekuatan(strength) kumpulan otot tertentu.
 
Perkara yang perlu diambil kira sebelum melakukan PNF
 
Teknik regangan PNF akan menyebabkan berlaku peningkatan sedikit tekanan tambahan kepada otot-otot tertentu secara spesifik. Ini akan meningkatkan risiko kepada kecederaan terhadap tisu-tisu lembut di dalam tubuh badan. Sebaiknya, sebelum melakukan aktiviti PNF, anda digalakkan untuk meningkatkan keupayaan fizikal terlebih dahulu dengan melibatkan diri dengan latihan conditioning atau lebih baik mendapatkan urutan sukan secara berkala. Juga, aktiviti warm-up dan cooling-down perlu dititikberatkan dalam semua aktiviti fizikal yang diceburi.
 
Jika anda sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan melentur ataupun meningkatkan prestasi dalam sukan, PNF merupakan elemen yang paling penting untuk anda titik beratkan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kekuatan otot dan sendi sebelum bersukan, malah ia juga membantu anda untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada kecederaan yang berkaitan dengan sukan yang anda ceburi. Ia juga mampu membantu dalam proses rehabilitasi bagi sesetengah individu yang sedang mengalami kecederaan. Bersukan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi minda dan keupayaan lain dalam tubuh badan tetapi jangan abaikan aktiviti regangan kerana ia kadang kala menjadi punca kepada kelesuan dan kesakitan yang berpanjangan.
 
Di sini kami sertakan sedikit sedutan aktiviti regangan yang dijalankan dalam kursus asas urutan sukan yang kami anjurkan. Teknik yang digunakan merupakan teknik asas untuk diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja tamat sesi urutan sukan. 


 

Khamis, 16 Julai 2020

Artikel Percuma-Rawatan Tennis Elbow

Terima kasih kerana berminat menonton sesi FB Live yang kami jalankan mengenai tajuk Rawatan Kecederaan Tennis Elbow.

Sepeti dijanjikan, anda boleh memuat turun garis panduan rawatan kecederaan Tennis Elbow yang kami sedikan untuk rujukan anda.



Semoga bermenfaat untuk kita semua.

Selasa, 30 Jun 2020

CEDERA POPLETIUS: PERNAH RASA KAKI SUSAH NAK LIPAT? INI PUNCANYA...


Adakah anda salah seorang yang sering mengalami rasa sakit apabila hendak membengkokkan kaki terutama untuk duduk atau berjalan. Rasa tegang yang teramat sangat dan sakit. Rasa sakit semakin bertambah sebaik sahaja selesai beridah dan bersukan sehingga rasa malas untuk menjalankan aktiviti fizikal?


INILAH SEBAB UTAMA MASALAH INI..
Selain kecederaan runner’s knee, kecederaan otot popletius juga merupakan punca kesakitan di bahagian lutut. Rasa sakit terasa apabila anda cuba untuk melangkah dan terasa tegang serta sukar untuk membengkokkan kaki.


Otot popliteus terlibat dalam dua pergerakan utama sendi lutut: knee flexion dan putaran dalaman.

Semasa berjalan, kaki diluruskan atau "terkunci" setiap kali melangkah ke depan dan meletakkan berat tubuh di kaki depan.

Semasa melangkah ke hadapan dengan kaki yang lain, kaki yang asal perlu dibengkokkan atau dibuka untuk menolak bagi mendorong badan ke hadapan.

Otot popliteus menyebabkan kaki terkunci pada kedudukan kaki lurus dan membantu kaki membengkok dan sedikit memutar ke dalam semasa melangkah.

DI MANA KEDUDUKAN OTOT POPLETIUS?
Lokasi mudahnya adalah di pelipat kaki(di belakang lutut).

Dan secara anatominya, origin otot tersebut bermula pada lateral epicondyle tulang femur dan dilekatkan pada tulang medial tibia(permulaan otot soleus).

POPLETIUS SYNDROM BOLEH DISEBABKAN OLEH:
Apabila kerap menggunakan kaki terutama berjalan, berlari dan berbasikal. Otot popletius akan bekerja tanpa henti dan menyebabkan ia terdedah kepada risiko kecederaan(overused).

Kecederaan pada otot ini akan memberi kesan kepada lutut. Secara tidak langsung, patella(tempurung lutut) akan terasa sakit. Antara punca berlaku kecederaan ialah:
  • Penggunaan berlebihan
  • Melipat kaki terlalu lama-cth: menunggang motosikal, duduk bersila.
  • Kerap memutarkan kaki – cth: sukan gelanggang, bola sepak, sukan bela diri
  • Kecederaan berpanjangan pada otot hamstring
  • Masalah-masalah lutut yang lain seperti Runner’s Knee
  • Hentakan langsung(direct impact) – terjatuh atau terpukul
  • Perubahan postur badan

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SENDIRI
  • Rehat daripada aktiviti yang memudaratkan kaki.
  • Lakukan terapi ais atau sejuk sejurus selepas kecederaan. Ais atau pek sejuk boleh digunakan selama 10 minit setiap jam selama 24 hingga 48 jam.
  • Lakukan regangan ringan pada otot-otot hamstring beberapa kali sehari selagi ada rasa sakit.
  • Pakai penahan haba atau sokongan lutut untuk melindungi otot dan mendorong aliran darah.

APA AKAN KAMI LAKUKAN?
  • Kami akan menilai tahap kecederaan terlebih dahulu dengan kaedah yang spesifik.
  • Dua kaedah utama dalam pemulihan otot popliteus ialah urutan sukan dan urutan deep tissue merujuk pada jalur dan lekatan otot.
  • Program pemulihan sepenuhnya untuk menguatkan paha depan dan paha belakang seperti aktiviti regangan dan senaman yang sesuai.

Samel