Jumaat, 20 Disember 2019

Rangkuman Terapi Sukan sepanjang 2019


Tahun 2019 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Sememangnya tahun 2019 adalah tahun yang bermakna bagi kami warga Terapi Sukan. Banyak jalinan kerjasama yang termeterai antara Team Terapi Sukan dengan beberapa agensi dalam menjayakan program-program sukan di Malaysia. Kami di Terapi Sukan mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada agensi kerajaan mahupun swasta tidak lupa juga kepada NGO yang menyakini kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan sepanjang tahun 2019. Ucapan terima kasih kepada Zara SolutionRecuperer Sports Rehab Centre, Pro MMR, Armels, Dynamique Sports Rehab Center yang banyak memberikan peluang kepada kami dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan juga pengalaman dalam industri sukan di Malaysia. 

Terima kasih juga kepada agensi-agensi lain yang bekerjasama dengan kami dalam menyebarkan kepentingan dan keperluan urutan sukan kepada masyarakat dengan penganjuran-penganjuran kursus urutan sukan sepanjang tahun 2019. Antara agensi yang dekat dengan kami adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universti Malaysia Sabah (UMS), Physiocare, Universiti Utara Malaysia serta Institut Sukan Negara (ISN).

Sepertimana yang anda sedia maklum, kami adalah Team Terapi Sukan, satu pasukan dibawah Bahagian Terapi Sukan, Jabatan Perkhidmatan Sukan di ILKBS Kuala Langat, Selangor dimana ILKBS Kuala Langat adalah satu institut dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Segala pergerakan dan kerjasama yang dijalankan sudah semestinya berkait rapat dengan pihak kementerian. 

Disini, kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua rangkuman perjalanan Team Terapi Sukan sepanjang tahun 2019. 

INOVASI DAN REKA CIPTA
Warga Jabatan Perkhidmatan Sukan sentiasa memandang ke hadapan dalam menyertai program-program inovasi yang dijalankan di peringkat institut malah ada juga penyertaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat jabatan, pelajar-pelajar dibimbing oleh semua pengajar telah menyertai pertandingan inovasi I-Intech yang julung kali dijalankan di IKBN Kuala Langat. Sebanyak 8 projek yang telah disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Sukan. Daripada 8 projek tersebut, 2 daripadanya telah terpilih untuk bertandaing di peringkat daerah Kuala Langat dan juga turut bertanding di Karnival Career Fest ILKBN Zon Tengah 2019 yang dijalankan di IKBN Kuala Langat. Selain itu, salah satu projek tersebut telah dipilih untuk menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu International Learning Innovation Competetion 2019 yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia(UUM). 


LATIHAN DAN KURSUS
Kursus Pembangunan Kepakaran Pengajar
Kursus ini dijalankan sebagai inisiatif berterusan untuk memastikan jurang yang minima terhadap kompetensi tenaga pengajar bidang Terapi Sukan. Kursus-kursus yang dijalankan sepanjang tahun 2019 merangkumi aspek meningkatkan kepakaran pengajar dalam beberapa elemen pengajaran dan kemahiran yang dilihat semakin berubah sejajar dengan kehendak industri dan juga bagi menyaingi perubahan teknologi semasa dalam bidang terapi sukan. Sistem TVET Instructor eprofiling System (TiPS) digunakan bagi mengenal pasti keperluan latihan tenaga pengajar agar latihan yang betul diberikan kepada pengajar yang dikenal pasti. Berikut adalah senarai kursus yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

Bil.
Kursus
Tarikh
Bil. Peserta
Lokasi Kursus
1.
Kursus Certified Fitness Instructor
6–9 Ogos 2019
5 orang
FITM Malaysia Centre, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Latihan Sangkutan Industri
Seorang pengajar Jabatan Perkhidmatan Sukan telah menjalani Latihan Sangkutan Industri anjuran CIAST bagi mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru dalam industri. Syarikat Recuperer Sports Rehab Centre telah menjadi pilihan pengajar bagi tahun ini. Syarikat tersebut merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan terapi sukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan syarikat yang diasaskan oleh salah seorang bekas pelajar bidang terapi sukan di IKBN Kuala Langat. Banyak ilmu dan perkembangan teknologi dapat diadaptasikan sepanjang latihan sangkutan industri tersebut.

LATIHAN AMALI DI LUAR KAMPUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bagi usaha untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar dalam bidang Terapi Sukan, jabatan juga telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI. Usaha ini dilihat sangat berbaloi di mana pelajar-pelajar dapat memahami bidang terapi sukan dengan lebih meluas dan arah tuju selepas menamatkan latihan di institut.

Jabatan Perkhidmatan Sukan sering dijemput bagi memberikan perkhidmatan urutan sukan daripada penganjur-penganjur acara sukan di Malaysia. Perkara ini sangat baik di mana pelajar-pelajar diberi peluang untuk menjalankan latihan amali di luar institut bagi mendapatkan pengalaman sebenar dalam industri terapi sukan. Selain menjadi medan untuk pelajar menjalani latihan amali, program seperti ini juga menjadi salah satu sumbangan berbentuk community services yang mampu diberikan Jabatan kepada masyarakat luar. Antara acara-acara sukan yang ditawarkan perkhidmatan sukan ialah seperti:

Bil.
Acara Sukan
Tarikh
Bil. Pelajar terlibat
Lokasi Acara Sukan
1.
Malawati Run 2019
6 Jan 2019
6 orang
Malawati Mall, Kuala Lumpur.
2.
Diva Run 2019
16 Feb 2019
10 orang
Cyberjaya, Selangor
2.
Doctor Run 2019
24 Mac 2019
10 orang
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
3.
Melaka Marathon 2019
27-28 Julai 2019
15 orang
Dataran 1 Malaysia, Melaka
4.
Putrajaya Open Day 2019
4-6 Oktober 2019
6 orang
Gallery KBS Putrajaya
5.
Bulan Sukan Negara
16 Oktober 2019
20 orang
Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
6.
Langkawi International Ironman 2019
24-27 Oktober 2019
12 orang
Langkawi, Kedah
7.
Lawatan Ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI
20 Ogos 2019
81 pelajar
Universiti Perguruan Sultan Idris


PROGRAM ANJURAN JABATAN
Jabatan Perkhidmatan Sukan juga ada menganjurkan beberapa program dalaman yang bertujuan untuk menerapkan penjagaan kesihatan di kalangan warga IKBN Kuala Langat. Penganjuran program seperti ini dilihat penting dan berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan dalam kalangan warga IKBN Kuala Langat. Antara program yang dijayakan sepanjang tahun 2019 ialah:




Bil.
Program
Tarikh
Bil. Peserta
Lokasi Kursus
1.
Health & Nutrition
Promotion - Food Exchange
10 Oktober 2019
Semua warga IKBN Kuala Langat
Dewan Ibn Sina IKBN Kuala Langat
2.
Inspire Session With Firdaus Maasar
26 Oktober 2019
Semua warga IKBN Kuala Langat
Dewan Ibn Sina IKBN Kuala Langat
3.
Terapi Sukan Trail Run 2019 (TSTR 2019)
22 Sept 2019
500 orang peserta larian
Sekitar kawasan IKBN Kuala Langat

KURSUS ANJURAN JABATAN
Selain pelajar sepenuh masa, jabatan juga menjalankan kursus-kursus pendek di bawah program Tabung Amanah dan telah mencatatkan 50 orang peserta sepanjang tahun 2019. Jabatan juga terlibat dalam dua sesi kursus khas kepada penghuni-penghuni Cure & Care Vocational Center (CCVC) yang dijalankan di Kota Warisan, Sepang. Selain itu, kursus pendek lain yang dijalankan ialah satu program STAR@U bagi memberikan kemahiran kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan belia di Malaysia.

Tahun 2020 sudah semestinya menjanjikan satu cabaran yang agak menarik dengan penganjuran SUKMA 2020 di negeri Johor. Diharapkan tahun 2020 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi kami di Terapi Sukan dengan kerjasama-kerjasama dari rakan-rakan industri yang baharu serta memperkukuhkan ikatan dengan rakan-rakan yang sediaada.

Team Terapi Sukan 2019.

Tiada ulasan: