Isnin, 3 April 2017

Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional?

Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional?

Kami di Terapi Sukan selalu ditanyakan persoalan seperti ini. Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional dan urutan-urutan lain?

Maksud urutan sukan.
Sports massage is a form of bodywork geared toward participants in athletics. It is used to help prevent injuries, to prepare the body for athletic activity and maintain it in optimal condition, and to help athletes recover from workouts and injuries.  Sports massage has three basic forms: pre-event massage, post-event massage, and maintenance massage. (http://www.encyclopedia.com/medicine/encyclopedias-almanacs-transcripts-and-maps/sports-massage)

Pada dasarnya urutan sukan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada atlet dalam mengekalkan tahap prestasi sukan yang diceburi. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kaedah dalam pencegahan kepada kecederaan.

Urutan sukan telah dikombinasikan secara saintifik berdasarkan kepada teknik-teknik urutan asas yang lain bagi memastikan objektif asal yang dinyatakan dapat dicapai. Jika kita perhatikan, tiada teknik yang luar biasa bagi urutan sukan ni. Ia adalah sama seperti urutan-urutan lain. Apa yang membezakan urutan sukan dan urutan lain hanyalah kombinasi penggunaan teknik tersebut.

Di samping itu, pemahaman kepada konsep pergerakan manusia (anatomi, fisiologi dan kinesiologi) juga merupakan satu perkara asas yang perlu dikuasai oleh pengamal urutan sukan agar mampu memberikan perkhidmatan urutan yang berkesan. Ia seperti mekanik membaiki motor, jika seorang mekanik tidak memahami bagaimana enjin motor berfungsi, bagaimana mekanik tersebut mahu membaiki atau servis motor tersebut?

Mengapa permintaan urutan sukan makin meningkat?
Teknik urutan sukan lebih tertumpu kepada merangsang bagi meningkatkan keupayaan otot yang diurut. Fokus utama adalah otot. Jadi, penting bagi seorang juru urutan sukan memahami konsep penggunaan otot (pelekatan, pergerakan dan corak gentian). Konsep-konsep kecederaan dan gejala kepada kontraindikasi urutan juga dititikberatkan dalam urutan sukan supaya ia tidak meninggalkan kesan negatif setelah diurut seperti DOMS dan sebagainya. Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, urutan sukan adalah kombinasi yang direka khas bagi membantu atlet dalam mengekalkan prestasi sukan dan ianya terbukti berkesan. Jadi, jika ia berkesan kepada atlet sudah semestinya ia akan berkesan kepada orang biasa.

Mampukan urutan sukan memulihkan kecederaan?
Ramai yang beranggapan bahawa urutan sukan hanya digunakan apabila mengalami kecederaan semasa bersukan sahaja. Anggapan itu adalah kurang tepat. Kebanyakan kecederaan tidak boleh dipulihkan melalui urutan. Urutan hanya bertindak sebagai kaedah sokongan kepada proses pemulihan.

Perbezaan urutan sukan dan urutan tradisional
Jika dilihat kepada konsep urutan sukan, ia lebih terjurus kepada rangsangan kepada otot-otot rangka manusia. Manipulasi yang dikenakan adalah bertujuan bagi mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan kecenderungan kepada risiko kecederaan. Fokus utama adalah manipulasi otot (soft tissue manipulation). Dalam urutan sukan, manipulasi otot adalah berdasarkan julat pergerakan kepada sendi termasuklah rangka dan otot (musculoskeletal system). Berbanding dengan urutan tradisional, fokus utama adalah saraf (yang disebut urat) dan angin dalam badan. Urutan tradisional kebanyakannya adalah ilmu turun temurun. Ada juga urutan tradisional yang diperoleh daripada mimpi(bagi sesetengah kes) dan ada juga yang diperoleh melalui pembelajaran.




Tiada ulasan: