Jumaat, 17 Februari 2017

Kecederaan Groin-Apa yang perlu anda tahu?

Kecederaan groin kerap berlaku kepada mereka yang aktif melakukan aktiviti fizikal yang banyak menggunakan kaki. Terutamanya kepada mereka yang melakukan aktiviti larian, sukan kombat dan juga sukan bola sepak, takraw mahupun hoki. Kecederaan ini juga berlaku kepada mereka yang dalam unit beruniform dimana mereka kerap berkawat. Malah kepada mereka yang kerap melakukan perkara ekstrem juga cenderung untuk mendapatkan kecederaan groin.
 
Apa itu groin?
Groin adalah kumpulan lima otot yang berbentuk seperti payung yang bertindak untuk mengawal segala bentuk penggunaan kaki semasa bergerak. Otot-otot tersebut adalah pectineus, adductor brevis dan adductor longus (short adductors) otot dari pelvis ke tulang peha serta gracilis dan adductor magnus (long adductors) otot dari pelvis ke tulang lutut. Ia bertindak bagi mengurangkan risiko terlebih guna (overuse) yang boleh mengakibatkan kesakitan kepada tendon. Kebiasaannya adalah kesakitan berbentuk onset.


Aktiviti
Otot Groin Yang Terlibat
(Akut)
Kebiasaannya berlaku kepada pelari samada pelari pecut ataupun pelari jarak jauh. Ia berlaku apabila pelari secara tiba-tiba melakukan langkah besar(over-striding).


Pectineus muscle – kalangan otot kecil dalam kumpulan otot Groin.
Kesakitan biasanya dirasai di bahagian hadapan tulang hip/pubis.

Kecederaan dibahagian otot ini berlaku apabila anda tetap meneruskan aktiviti setelah anda mengalami kecederaan dibahagian Pectineus.


Adductor muscles – kesakitan akan dirasai dibahagian dalam peha sehingga ke tulang pelvis.
 
Disini kami tunjukkan secara kedudukan kelima-lima otot yang membentuk Groin:






Tahap kecederaan groin
Kecederaaan otot groin terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
Tahap 1: Merasa ketidakselesaan pada bahagian dalam peha dan menyebabkan kesukaran untuk bergerak.
Tahap 2: Tahap kesakitan yang lebih tinggi dan menyebabkan kehilangan pergerakan serta berlaku kerosakan kepada tisu otot.
Tahap 3: Sangat sakit di bahagian peha hingga ke lutut, tidak boleh menggerakkan kaki disebabkan oleh koyakan yang berlaku kepada tisu otot.

Rawatan kecederaan otot groin

Rehat
  • Kaedah pertama bagi kecederaan groin adalah berhenti dari melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan kaki.
  • Otot yang tercedera akan melakukan pemulihan secara semula jadi.
  • Pemulihan seperti ini akan mengambil masa agak lama bergantung kepada tahap kecederaan pada otot.
Ais
  • Ais sebaiknya diletakkan dalam tempoh 72 jam pertama sebaik sahaja mendapat kecederaan.
  • Praktikkan ais selama 15 minit setiap sesi selama 24-72 jam.
  • Kaedah terbaik mempraktikkan rawatan ais adalah dengan melakukan rawatan kontra (ais-haba).
Aktiviti regangan
  • Lakukan aktiviti regangan bagi meningkatkan fleksibiliti terhadap otot yang cedera.
  • Aktiviti fleksibiliti hanya boleh dilakukan apabila kecederaan tersebut dalam keadaan terkawal.
  • Regangan mampu meningkatkan pengedaran darah ke kawasan yang cedera bagi meningkatkan proses pemulihan.
Remedial Massage (urutan remedial)
  • Kaedah urutan remedial yang digalakkan dalam merawat kecederaan groin adalah Deep Transvers Friction (DTF).
  • Fokus utama adalah mengenalpasti origin, insertion dan belly otot yang terlibat.
  • Lakukan DTF bermula dari origin otot, kemudian insertion dan juga belly otot. 
Langkah-langkah pencegahan
  1. Sentiasa melakukan aktiviti panas badan dan sejuk badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
  2. Tingkatkan intensity latihan secara berperingkat.
  3. Elakkan melakukan aktiviti yang berkemahiran tinggi tanpa menguasai kemahiran asas terlebih dahulu.
  4. Kerap mendapatkan urutan bagi tujuan mengurangkan risiko kecederaan.
  5. Amalkan diet yang seimbang bagi mengawal kenaikan berat badan.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Itu adalah ungkapan yang paling kerap kita dengar dan sepatutnya kita amalkan. Memang benar semua atlet mahukan kejayaan dan kemenangan. Tetapi, kaedah latihan yang kurang tepat akan memburukkan lagi keadaan. Jadi, jangan lupa amalkan langkah-langkah pencegahan dalam melakukan latihan ataupun pertandingan. Pasti akan ada kejayaan akhirnya.