Jumaat, 16 Disember 2016

Pernahkah anda merasa sakit kebas kaki sebaik sahaja bangun dari tidur malam?

Keadaan ini sering berlaku di kalangan kita. Dimana apabila bangun dari tidur, akan terasa kebas di sebelah kaki atau kadang-kala kedua-duanya sekali. Kesakitan yang dialami terasa dari pinggang turun ke belakang peha(hamsting) dan seterusnya sehingga ke tapak kaki. Kadang kala kesakitan akan dapat dirasa di punggung dan menyebabkan sukar untuk menaiki tangga atau bukit. Kesakitan punggung juga akan terasa apabila duduk terlalu lama.

Mengapa perkara ini berlaku?

Kesakitan yang dirasakan adalah disebabkan oleh gangguan yang berlaku terhadap satu saraf besar yang terdapat pada bahagian bawah badan. Saraf tersebut adalah saraf skiatik(sciatic). Saraf skiatik ini bermula dari tulang belakang bahagian Lumbar kemudian turun ke bahagian punggung dan seterusnya ke kaki sehingga ke tumit. Ini bermakna, saraf skiatik ini adalah satu saraf yang penting bagi bahagian bawah badan manusia seperti mana kita tahu bahawa fungsi saraf adalah untuk mengintegrasi rangsangan yang diterima untuk diproses oleh otak dan memberi maklum balas kepada otot untuk bertindak.

Adakah ia bahaya?

Jika kesakitan itu disebabkan oleh peralihan disk (slip disk) di tulang belakang (lumbar) dan menghimpit origin (permulaan) bagi saraf skiatik, ia bahaya. Malah anda tidak mampu untuk mengangkat atau menggerakkan kaki. Jika boleh pun pergerakan sangat terhad dan anda akan merasa sangat sakit. Kecederaan slip disk biasanya akan di rujuk kepada doktor pakar dan biasanya proses pemulihan adalah dengan cara pembedahan.

Tetapi, jika anda masih mampu menggerakkan kaki dan melangkah ke hadapan dan ke belakang (walaupun terasa sakit) ia mungkin bukan disebabkan oleh slip disk. Kesakitan itu mungkin bermula dari satu otot yang dinamakan Piriformis. Otot Piriformis adalah satu otot kecil yang terdapat pada punggung. Kesakitan berlaku adalah disebabkan oleh saraf skiatik terhimpit oleh otot tersebut. Ada beberapa kaedah bagi memeriksa keadaan kecederaan bagi menentukan samada kesakitan itu berpunca dari Lumbar atau Piriformis. Antaranya adalah dengan meninggikan sebelah kaki dalam keadaan berdiri.
  


Jika anda masih mampu meninggikan kaki anda tanpa ada bantuan ia kemungkinan adalah kecederaan pada Piriformis. Kecederaan pada otot Piriformis boleh dirawat dengan urutan juga dengan terapi senaman (excersice therapy). Walaubagaimanapun, ia perlu diperiksa terlabih dahulu bagi memastikan punca sebenar kecederaan yang dialami. Di Terapi Sukan, kami mementingkan kepada pencarian punca kepada kecederaan dan akan melakukan urutan berdasarkan kepada konsep ‘’origin, insertion and belly’’ serta ‘’palpation of muscle’’ dimana kami akan mengelaspasti  punca dan seterusnya menjalankan urutan kepada punca awalan otot dan tempat perlekatan otot sebelum memberi rangsangan kepada keseluruhan otot yang terlibat. Proses ini lebih baik kerana bekalan darah akan lebih cepat sampai kepada lokasi yang dikenalpasti bagi memberikan oksigen serta nutrein yang diperlukan untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Untuk mengelakkan daripada mengalami kecederaan seperti ini, anda dinasihatkan untuk kerap melakukan senaman yang boleh merangsang penggunaan otot Piriformis agar ia tidak mudah mengalami bengkakkan atau cedera. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah. Selamat mencuba dan selamat menjalani kehiduapan yang sihat.





Salam Sihat dari kami di Terapi Sukan.

Tiada ulasan: