Isnin, 21 November 2016

“KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN”

Kita adalah apa yang kita makan. Sememangnya ia betul. Apa sahaja yang membentuk fizikal kita adalah gambaran kepada apa yang kita makan. Mari kita tengok contoh cara pemakanan orang barat. Mereka mengamalkan pemakanan yang lain daripada kita di Malaysia (Melayu). Pengambilan makanan mereka lebih kepada tujuan penggunaan tenaga. Berbanding dengan kita, makan semata mata untuk merasa kenyang dan mengikut kepada tradisi turun temurun. 

Secara tradisi, sarapan yang kita amalkan adalah makanan goreng-goreng seperti nasi goreng, mee goreng, pisang goreng dan lain-lain makanan yang berkalori tinggi. Berbanding dengan budaya barat, mereka mengamalkan pengambilan makanan yang kurang kalori walaupun kelihatan seperti berat sebagai contoh; daging salai, kacang peas, omelet, bijirin dan lain-lain makanan yang tinggi karbohidrat dan protein tetapi rendah lemak. 

Mee, nasi dan pisang sebenarnya adalah antara makanan yang baik untuk diambil semasa sarapan. Tetapi cara penyediaan makanan tersebut adalah salah. Mee akan lebih baik jika disediakan bersama-sama dengan sup, nasi menjadi lebih baik jika dijadikan bubur berbanding digoreng dan pisang lebih elok dimakan tanpa diproses. 

Sepatutnya makanan yang diambil adalah berdasarkan kepada tujuan. Sebagai contoh, seorang ahli sukan perlu makan makanan yang tinggi protein bagi tujuan pembentukan otot serta karbohidrat untuk penghasilan tenaga. Sama seperti pelajar yang mahu meningkatkan keupayaan berfikir, mereka sepatutnya mengambil makanan yang tinggi antioksidan kerana mampu meningkatkan kapasiti oksigen dalam otak.

Di sini kami tunjukkan pembahagian kalori bagi setiap sumber makanan yang kita ambil. Jadi kepada mereka yang berhajat untuk menurunkan berat badan perlu tahu apa yang perlu dimakan dan yang tidak digalakkan untuk makan.

(Karbohidrat) 1 gram = 4 kalori
(Protein) 1 gram = 4 kalori
(Lemak) 1 gram = 9 kalori

Selain daripada peningkatan berat badan, kita juga perlu peka kepada kesan penyakit yang mampu dibawa oleh makanan yang kita ambil setiap hari. Selain daripada pengambilan makanan yang seimbang. Ada satu lagi faktor yang mungkin boleh menyebabkan penyakit. Faktor yang dimaksudkan adalah kelas darah. 

Kelas darah juga perlu diambil kira dalam pengambilan makanan kita seharian. Ini kerana tidak semua jenis darah sesuai dengan semua jenis makanan. Di sini kami sertakan beberapa contoh bagi jenis-jenis makanan yang sesuai untuk kelas darah.
KELAS DARAH
MAKANAN YANG DIGALAKKAN
JENIS A
MAKANAN LAUT, SAYUR-SAYURAN KUNING DAN MERAH, SOYA, SUSU,
JENIS B
DAGING MERAH – LEMBU, KAMBING, KERBAU
SAYUR-SAYURAN HIJAU,TELUR, HATI, IKAN LAUT
JENIS AB
MAKANAN LAUT DAN SUNGAI
SUSU & PRODUK TENUSU, SAYURAN HIJAU

JENIS O
DAGING MERAH- LEMBU, KAMBING, KERBAU
HATI – AYAM, LEMBU
IKAN KOD, MECKEREL, SARDIN, SALMON, PARANG
BROKOLI, KAILAN, BAYAM

KELAS DARAH
MAKANAN YANG PATUT DIKURANGKAN
JENIS A
KEBANYAKAN JENIS DAGING
GANDUM DAN PRODUK BERASASKAN GANDUM
JENIS B
AYAM & ORGAN DALAMAN AYAM
KACANG TANAH, GANDUM & PRODUK GANDUM, NASI DAN MEE
JENIS AB
DAGING MERAH, KACANG MERAH, JAGUNG, GANDUM DAN PRODUK GANDUM
JENIS O
SAYURAN PUTIH – KOBIS & BUNGA KOBIS

Selain daripada makanan yang diambil, pengambilan air juga penting bagi mengekalkan tahap kesihatan. Ini kerana air menjalankan enam fungsi utama dalam menjaga tubuh badan manusia. Air yang dimaksudkan adalah air masak. Seeloknya air yang diambil ialah air yang beralkali. 


Ada pendapat mengatakan air mineral bukanlah air yang paling baik untuk diminum. Ini kerana kandungan mineral yang terdapat di dalam air itu ada yang tidak sesuai kepada sesetengah orang lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan darah, buah pinggang dan beberapa organ dalaman yang lain. 

Menurut kepada Dr. Weil on Healthy Aging - Your Online Guide to the Anti-Inflammatory Diet! – air mineral mengandungi kadar sodium yang tinggi yang mampu memberi kemudaratan kepada mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.