Selasa, 2 Ogos 2016

Konsep dalam menjalankan urutan sukan.

Sepertimana yang kami sering katakan, urutan bukanlah satu kaedah yang terbaik dalam memulihkan kecederaan. Sesuatu kecederaan tidak boleh dipulihkan dengan urutan. Sebab itu, kami tidak menggalakkan kepada sesiapa yang mengalami kecederaan untuk terus berjumpa dengan juru terapi urutan sebelum berjumpa dengan doktor.

Jadi, apakah peranan terapi urutan?

Peranan terapi urutan bukannya untuk memulihkan kecederaan. Ianya adalah gabungan teknik yang spesifik bagi beberapa tujuan antaranya adalah:

1. Mengurangkan kesakitan
2. Memendekkan tempoh masa bagi  proses pemulihan.
3. Mengurangkan stress(tekanan).
4. Meningkatkan flexibiliti otot dan sendi.
5. Mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.
6. Mengembalikan fungsi tubuh kepada fungsi asal dan optimum.

Secara azalinya, tubuh badan akan memulihkan diri sendiri dalam keadaan neutral. Sebagai contoh, jika anda mengalami luka pada kulit dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Apa yang akan berlaku kepada luka tersebut? Ya, luka tersebut akan pulih secara semulajadi. Begitu jugalah yang berlaku kepada kecederaan-kecederaan lain. Ia akan pulih secara semula jadi. Tetapi tempoh masa bagi proses pemulihan tersebut akan memakan masa yang lama. 

Bagi seorang atlet atau individu yang bergiat aktif pasti memerlukan proses pemulihan yang singkat bagi memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan berfungsi sepenuhnya. Proses pemulihan yang singkat adalah matlamat bagi setiap atlet.
Peranan juru urut sukan adalah untuk memastikan proses pemulihan itu berlaku dalam keadaan yang sesingkat yang boleh. Satu perkara yang perlu anda tahu adalah urutan tidak memulihkan kecederaan tetapi berperanan dalam memendekkan tempoh proses pemulihan. Jadi, penting atau tidak peranan terapi urutan ini?

Proses pemulihan biasanya bergantung kepada individu. Antara faktor yang mempengaruhi proses pemulihan adalah faktor kematangan hormon (umur), faktor persekitaran, faktor tahap metabolisma badan, faktor tahap kecederaan dan beberapa faktor luaran yang lain. Kebiasaannya proses pemulihan mengambil masa dalam sebulan malah ada yang menjangkau sehingga 12 bulan.
Jika seorang atlet berehat dalam tempoh yang terlalu lama, ia secara tak langsung akan memberi kesan kepada prestasi sukan atlet tersebut. Jadi, proses pemulihan tersebut boleh dipercepatkan dengan urutan. Teknik urutan mestilah sesuai dalam mengembalikan fungsi otot serta meningkatkan keupayaan otot yang disasarkan. 

Walaubagaimanapun, urutan bukan sahaja dilakukan kepada atlet yang telah mengalami kecederaan. Ia sepatutnye diberikan secara berkala bagi mengelakkan risiko berlakunya kecederaan. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati.


Admin,


Tiada ulasan: