Khamis, 16 Jun 2016

Perkara asas yang perlu diketahui sebagai juruterapi urutan (Urutan Sukan).



Sebagai seorang juruterapi, ilmu atau pengetahuan dalam system otot dan rangka adalah satu asas atau kelebihan kepada kita apabila kita dapat menguasainya.  Pengetahuan ini menjadi satu kelebihan kepada juruterapi apabila mampu mengenalpasti sebarang kemungkinan yang berlaku apabila pelanggan bertanya mengenai kecederaan dan risiko kecederaan yang boleh berlaku. Disini, saya ingin memberikan sedikit perkongsian yang perlu seorang juruterapi urutan tahu dalam meningkatkan kemahiran dan penggetahuan.

Perkara asas:
Ligamen: Penyambung antara tulang ke tulang
Tendon: Penyambung antara otot ke tulang
Rawan/ Kartilej: Tisu penghubung antara sendi.
Bilangan tulang dalam tubuh badan manusia: 206
Bilangan segmen dalam tulang belakang manusia: 33 (7 Cervical, 12 Thoracic, 5 Lumbar, 5 Sacrum, 4 Coccyx)
Otot paling panjang: Sartorius
Tulang paling kukuh: Coccyx
Sum-sum tulang: Tempat penghasilan sel darah merah
Muscle Athropy: Pengecilan otot akibat tidak digunakan (terlalu lama berehat).
Rotator cuff: Infraspinatus, Supraspinatus, Teres Minor, Subscapularis

Asas pergerakan:
Otot yang terlibat dalam melakukan aktiviti forehand dalam acara raket: 
Infraspinatus &  Anterior deltoid.


External oblique:
Origin: Pubic crest dan pubic symphysis
Insertion: Xiphoid Process dan Rusuk ke5 hingga 7

Rhomboid Major:            
Origin: Thoracic 2 hingga Thoracic 5
Insertion: Tulang skapula dari tapak tulang belakang hingga sudut dalam skapula


Pergerakan: Memutarkan skapula arah ke bawah

Jika berlaku sakit pinggan: Otot yang perlu diberikan penekanan adalah Quadratus Lumborum dan Psoas Muscles.

Core Muscles: Otot yang mengawal keseimbangan posture badan manusia. Otot Multifidus dan Erector Spinae.

Juga beberapa nama-nama otot dan tulang serta lokasinya perlu di ingat supaya mudah bagi seorang juruterapi urutan melakukan kerja kerana urutan sukan ini adalah satu konsep urutan yang melibatkan otot serta tulang manusia. Semoga bermenfaat hendaknya.



Tiada ulasan: