Isnin, 11 April 2016

Sekitar Kursus Asas Urutan Sukan Bandar Puteri, Klang.



Pada 9 dan 10 April 2016 yang lalu kami telah menganjurkan satu sesi kursus urutan sukan di Bandar Puteri, Klang Selangor. Kursus ini dihadiri oleh 14 orang peserta lelaki yang datang dari pelbagai latarbelakang. Ada yang bekerja sebagai guru, jurulatih bola sepak, jurulatih kecergasan, pesara, bekerja sendiri dan juga pelajar.  


Kursus yang kami jalankan merangkumi aspek teknik asas dalam melakukan urutan sukan disamping beberapa perkara tambahan antaranya anatomi dan fisiologi manusia(system otot dan rangka), pemeriksaan kecederaan di bahagian lutut, pinggang dan bahu serta teknik lenturan secara PNF. 

Disini kami sertakan beberapa gambar bagi menceritakan aktiviti yang dijalankan selama dua hari kursus kami.

























































Semoga kursus ini memberi kebaikan kepada semua peserta yang hadir.

Terima kasih,


Admin Terapi Sukan.