Selasa, 23 Februari 2016

Sekitar kursus Sport Massage Basic Siri 1/2016

Pada 20 & 21 Feb 2016 telah berlangsung kursus Sport Massage Basic Siri 1/2016 yang diadakan di Studio Terapi Sukan IKBN Kuala Langat. Seperti biasa, kursus ajuran kami mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta. Terdapat peserta yang datang dari Persatuan Bola Sepak Perak, Persatuan Perahu Layar Malaysia juga peserta-peserta yang datang secara individu bagi memperolehi pengetahuan dalam melakukan teknik-teknik dalam urutan sukan. 

Kami selaku penganjur mengucapkan tahniah kepada peserta yang hadir dan diharapkan ilmu yang dikongsi bersama dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dalam melahirkan atlet yang hebat serta membantu masyarakat.


















Peserta yang menyertai kursus ini akan dibekalkan dengan nota lengkap, keperluan urutan sukan, buku log serta sijil kursus.

Tiada ulasan: