Rabu, 3 Februari 2016

Scar Tissue - Punca Prestasi Tidak Meningkat.

Pernahkah anda mengalami masalah tiada peningkatan prestasi dalam sukan setelah pulih dari kecederaan yang anda alami sebelum ini? Terdapat banyak kes seperti ini dilaporkan berlaku kepada individu yang mengutamakan prestasi terutamanya atlet.

Bagi mereka yang aktif dalam sukan pastinya terdedah kepada risiko kecederaan. Kecederaan tisu lembut seperti strain (otot dan tendon) ataupun sprain (ligament) adalah kecederaan yang biasa berlaku dikalangan atlet. Kecederaan tisu lembut ini tidak memerlukan masa yang lama untuk pulih jika pengurusan kecederaan dilakukan dengan baik.

Bagi kecederaan tisu lembut, tempoh masa bagi pemulihan adalah di antara 48 hingga 72 jam sahaja. Kaedah terbaik adalah dengan mengamalkan kaedah R.I.C.E. Kaedah R.I.C.E adalah satu kaedah pengurusan kecederaan yang paling penting sebaik sahaja atlet mengalami kecederaan.

Mengapa R.I.C.E penting?

R – rest 
I – ice
C – compress
E – elevation 

Ada dikalangan atlet memandang rendah terhadap kepentingan R.I.C.E ini. Kebanyakan mereka hanya akan meletakkan ais tanpa melakukan tekanan (compress) dan meningikan (elevation). Ini yang boleh menyebabkan proses pemulihan menjadi semakin lama. Ingat, semakin lama proses pemulihan diambil semakin lama atlet perlu berehat dan semakin cepat penurunan prestasi.

R.I.C.E adalah bantuan mula kepada kecederaan. Bantuan mula bermaksud perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang mengalami kecederaan otot lembut. Jika ia dipandang mudah kesannya adalah kecederaan yang ringan akan mengambil masa yang lama untuk pulih dan seterusnya terdedah kepada risiko kecederaan berulang. 

Tiada peningkatan prestasi selepas pulih kecederaan

Satu situasi yang sering berlaku kepada atlet apabila pulih dari kecederaan, menjalani latihan seperti biasa dan peningkatan intensity latihan yang berkala tetapi tahap prestasi masih tidak meningkat malah ada yang semakin merosot. Situasi ini sering berlaku kepada atlet yang banyak menggunakan keupayaan fizikal sendiri untuk mendapatkan kemenangan seperti pelari pecut, lontar peluru, tennis, badminton dan sebagainya.


Scar tissue

Pengumpulan sel-sel dan tisu lembut yang telah rosak sebaik sahaja pulih di sesetengah kawasan di otot dan sendi adalah punca berlakunya penghadan kepada pergerakan. Pengumpulan (clotting) ini perlu dibuang bagi memberikan meyediakan otot dan sendi kembali kepada keadaan sedia ada seperti sebelum mengalami kecederaan. Rujuk gambar dibawah.

Scar tissue boleh dirawat dengan urutan. Fokus utama adalah bagi memecahkan kesan parut(scar) yang terdapat dalam otot tertentu. Terutamanya adalah kepada otot yang baru menjalani proses pemulihan. Teknik urutan deep tissue massage dan myofascial release adalah teknik yang akan diberikan kepada situasi seperti ini. Penekanan kepada pembebasan sel-sel mati yang terdapat pada otot akan mengakibatan pesakit merasa kesakitan yang teramat sangat. Walaubagaimanapun, kesakitan akan berkurang apabila kesan-kesan parut yang terdapat di lapisan luaran otot tersebut menipis dan seterusnya hilang.

Tiada ulasan: