Isnin, 25 Januari 2016

Sakit Salah Bantal - Bagaimana nak pulihkan?

Anda pasti pernah mengalami situasi sakit tengkuk atau leher yang menyebabkan sukar untuk berpaling iaitu sakit salah bantal. Di Terapi Sukan, kami juga sering dikunjungi oleh mereka yang mengadu mengalami masalah yang sama. 

Jika mengikut petua atau amalan orang-orang lama, kita perlu memukul tengkuk dengan bantal yang kita gunakan semasa kita tidur. Ini adalah salah satu petua yang selalu diamalkan. 

Jika kita tengok kepada sudut saintifik, sakit salah bantal ini adalah disebabkan terdapat perubahan "lokasi" sebahagian dari otot-otot kecil yang terdapat disekitar leher dan bahu diakibatkan oleh postur badan yang tidak betul dan bebanan yang dikenakan terhadap lokasi leher dan bahu tersebut. Kesakitan yang anda alami adalah kerana keadaan abnormal yang terjadi kepada otot tersebut. 

Kecederaan seperti ini bukan lah satu kecederaan yang serius tetapi ia akan memberi kesan kepada rutin harian lebih-lebih lagi kepada atlet contohnya atlet memanah yang memerlukan koordinasi kepala dan bahu yang kuat dalam melakukan panahan. 

Disini, kami ingin berkongsi teknik-teknik yang perlu diambil bagi merawat keadaan salah bantal ini. Ilustrasi yang kami gunakan adalah gambar-gambar yang kami perolehi dari internet dimana kami telah menyusun mengikut aturan yang betul dengan sedikit penerangan teknik yang kami berikan. 


Mula dengan kita mengenali otot-otot suboccipital yang terlibat dalam merawat kesakitan salah bantal ini. Bermula dengan otot Obliquus Capitis Superior, Rectus Capitis Posterior Minor, Rectus Capitis Posterior Major dan Obliquus Capitis Inferior. Kenalpasti kedudukan otot-otot tersebut dan picit atau tekan di setiap otot kecil tersebut mengikut turutan yang betul. Turutan yang betul adalah seperti gambar di bawah.

Seterusnya berikan tekanan kepada point-point seperti di gambar dibawah mengikut turutan yang dinyatakan. Tekanan selama 10 saat atau 2 kali pernafasan.

Dan seterusnya di otot Levator Scapulae iaitu otot yang terlibat dalam menggerakkan bahu. Tekanan yang sama selama 10 saat.

Seperti kecederaan lain, sakit salah bantal tidak akan pulih dengan kadar segera atau serta merta. Setelah anda diberikan rawatan urutan seperti yang dinyatakan, anda akan merasai sedikit kelegaan pada kawasan yang sakit dan perlahal-lahan ia akan pulih kebiasaannya dalam tempoh 2 jam. 

p/s: klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


Tiada ulasan: