Isnin, 25 Januari 2016

Sakit Salah Bantal - Bagaimana nak pulihkan?

Anda pasti pernah mengalami situasi sakit tengkuk atau leher yang menyebabkan sukar untuk berpaling iaitu sakit salah bantal. Di Terapi Sukan, kami juga sering dikunjungi oleh mereka yang mengadu mengalami masalah yang sama. 

Jika mengikut petua atau amalan orang-orang lama, kita perlu memukul tengkuk dengan bantal yang kita gunakan semasa kita tidur. Ini adalah salah satu petua yang selalu diamalkan. 

Jika kita tengok kepada sudut saintifik, sakit salah bantal ini adalah disebabkan terdapat perubahan "lokasi" sebahagian dari otot-otot kecil yang terdapat disekitar leher dan bahu diakibatkan oleh postur badan yang tidak betul dan bebanan yang dikenakan terhadap lokasi leher dan bahu tersebut. Kesakitan yang anda alami adalah kerana keadaan abnormal yang terjadi kepada otot tersebut. 

Kecederaan seperti ini bukan lah satu kecederaan yang serius tetapi ia akan memberi kesan kepada rutin harian lebih-lebih lagi kepada atlet contohnya atlet memanah yang memerlukan koordinasi kepala dan bahu yang kuat dalam melakukan panahan. 

Disini, kami ingin berkongsi teknik-teknik yang perlu diambil bagi merawat keadaan salah bantal ini. Ilustrasi yang kami gunakan adalah gambar-gambar yang kami perolehi dari internet dimana kami telah menyusun mengikut aturan yang betul dengan sedikit penerangan teknik yang kami berikan. 


Mula dengan kita mengenali otot-otot suboccipital yang terlibat dalam merawat kesakitan salah bantal ini. Bermula dengan otot Obliquus Capitis Superior, Rectus Capitis Posterior Minor, Rectus Capitis Posterior Major dan Obliquus Capitis Inferior. Kenalpasti kedudukan otot-otot tersebut dan picit atau tekan di setiap otot kecil tersebut mengikut turutan yang betul. Turutan yang betul adalah seperti gambar di bawah.

Seterusnya berikan tekanan kepada point-point seperti di gambar dibawah mengikut turutan yang dinyatakan. Tekanan selama 10 saat atau 2 kali pernafasan.

Dan seterusnya di otot Levator Scapulae iaitu otot yang terlibat dalam menggerakkan bahu. Tekanan yang sama selama 10 saat.

Seperti kecederaan lain, sakit salah bantal tidak akan pulih dengan kadar segera atau serta merta. Setelah anda diberikan rawatan urutan seperti yang dinyatakan, anda akan merasai sedikit kelegaan pada kawasan yang sakit dan perlahal-lahan ia akan pulih kebiasaannya dalam tempoh 2 jam. 

p/s: klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


Jumaat, 22 Januari 2016

Kursus Sport Massage Basic Siri 1/2016.

Kami akan mengadakan satu sesi Kursus Urutan Sukan bagi Sesi 1/2016 pada 20 dan 21 Feb 2016. Bagi mereka yang berminat, boleh sertakan nama, no tel dan email kepada kami. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin bagi menghantar surat tawaran serta borang penyertaan kursus.

Kepada mereka yang sudah menghantar email kepada kami, kami akan menghantar email kepada anda semua. Terima kasih.

Email kami: terapisukanmalaysia@gmail.com
PM kami di : 010-814 7319 / 019- 6965836




Plantar Fasciitis - Apa yang perlu anda tahu?

Fascia plantar adalah ligamen yang melekat pada tulang tumit (calcaneus) yang menjadi lapisan dalaman ataupun dasar bagi jari-jari kaki (metatarsals). Lapisan otot, tendon, saraf, dan saluran darah terletak di atas lapisan bahagian bawah kaki. Fascia plantar meliputi lapisan ini dan bertindak sebagai bowstring pada bahagian bawah kaki, membantu tulang kaki mengekalkan bentuk (melengkung). Terdapat laspisan lemak meliputi fascia plantar yang terletak di bawah tulang tumit. Pad (lapisan lemak) ini bertindak sebagai penyerap daya bagi tumit apabila setiap kali melangkah.

Plantar fasciitis adalah punca yang paling biasa bagi kesakitan di tumit. Jika anda menegangkan fascia plantar anda, ia menjadi lemah, bengkak, dan gatal-gatal (radang). Kemudian tumit atau bahagian bawah kaki anda sakit apabila anda berdiri atau berjalan.

Plantar fasciitis adalah perkara biasa dalam orang pertengahan umur. Ia juga berlaku di kalangan mereka yang lebih muda yang banyak menggunakan kaki dalam menjalankan rutin harian, seperti atlet atau tentera. Ia boleh berlaku dalam satu kaki atau kedua-dua kaki.

Plantar fasciitis disebabkan oleh daya yang memaksa ligamen yang menyokong lengkungan tapak kaki anda untuk menegang. Ketegangan yang berulang boleh menyebabkan koyakan kecil berlaku di ligamen. Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Ini adalah lebih cenderung untuk berlaku apabila:
  • Kaki anda terlalu kedalam apabila berjalan
  • Anda mempunyai lengkungan tapak kaki yang tinggi atau kaki rata (flat foot).
  • Anda berjalan, berdiri, atau berlari untuk jangka masa yang lama, terutamanya pada permukaan keras.
  • Anda mempunyai berat badan berlebihan.
  • Anda memakai kasut yang tidak sesuai atau tapaknya haus.
  • Tendon Achilles atau otot betis yang ketat.


Kebanyakan orang dengan plantar fasciitis mempunyai sakit apabila mereka mengambil langkah-langkah pertama mereka selepas mereka bangun dari katil atau duduk untuk masa yang lama. Kesakitan akan berkurangan selepas beberapa langkah. Tetapi kesakitan boleh menjadi lebih teruk apabila menjalankan rutin harian yang lain sepanjang hari. Ia lebih menyakitkan apabila anda mendaki tangga.

Jika anda mempunyai sakit kaki pada waktu malam, anda mungkin mempunyai masalah yang berbeza, seperti artritis, atau masalah saraf seperti tarsal tunnel syndrome.

Juru terapi akan memeriksa kaki anda dan melihat anda berdiri dan berjalan. Dia juga akan bertanya beberapa soalan tentang:
  • kesihatan masa lalu anda, termasuk apa penyakit atau kecederaan yang anda pernah alami.
  • gejala anda, seperti bahagian mana paling rasa sakit dan bila masanya kaki menjadi tersangat sakit.
  • Tahap aktif anda dan apa jenis aktiviti fizikal yang dilakukan.


Terdapat banyak kemungkinan kecederaan yang boleh berlaku kepada tapak kaki. Juru terapi akan melakukan analisis secara pemerhatian terhadap kecederaan dan jika kecederaan tersebut boleh di rawat secara terus tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh juru terapi dan jika keadaan cedera itu serius, juru terapi akan menyarankan anda untuk berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Doktor mungkin mengambil X-ray kaki anda jika dia mengesyaki masalah dengan tulang kaki anda, seperti keretakan.

Proses pemulihan: Tempoh masa 2 ke 5 bulan.
Fasa 1: Rawatan kecederaan awal (teknik RICE)
Fasa 2: Mendapatkan semula julat gerakan maksimum (ROM)
Fasa 3: Kembalikan semula kawalan pada tapak kaki
Fasa 4: Kembalikan semula kawalan normal otot bahagian betis(gastrocnemius dan soleus)
Fasa 5: Kembalikan semula biomekanik normal kaki
Fasa 6: Meningkatkan keupayaan teknik berlari dan mendarat(melompat).
Fasa 7: Kembali ke Sukan atau Kerja

Selasa, 12 Januari 2016

Komponen kecergasan fizikal - Apa yang perlu anda tahu?

Komponen Kecergasan fizikal diklasifikasikan berdasarkan kesihatan dan lakuan motor.

a.Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan adalah:
  1. Komposisi badan/kandungan lemak
  2. Kecergasan kardiovaskular
  3. Fleksibiliti
  4. Kekuatan otot
  5. Daya tahan otot


Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko penyakit hipokinetik.

  • Komposisi badan/kandungan lemak

Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.
  • Daya tahan kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

  • Fleksibiliti

Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendisendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi.

  • Kekuatan Otot

Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi  menghasilkan daya (kerja).

  • Daya Tahan Otot

Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.


b. Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor.

Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor adalah:

  • Kelajuan (Speed)

Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa   yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.

  • Ketangkasan (Agility)

Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.

  • Kuasa (Power)

Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif.
Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.

  • Imbangan (Balance)

Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

  • Masa reaksi (Reaction Time)

Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

  • Koordinasi (Coordination)

Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.