Ahad, 20 Disember 2015

Rumusan perjalanan Team Terapi Sukan sepanjang 2015.

Kayuh Malaysia 2015
Tahun 2015 membuka tirai perkhidmatan sport massage seawal Januari lagi dimana kami dijemput untuk memberikan perkhidmatan urutan sukan bagi acara sukan Kayuh Malaysia 2015 yang diadakan pada 30 Januari. Acara tersebut telah dijalankan di bandaraya Shah Alam di Dataran Shah Alam berhampiran degan perpustakaan Awam Shah Alam.

Acara seterusnya adalah pada bulan Februari iaitu acara Fit Malaysia Negeri Sembilan yang diadakan di Seremban. Acara Fit Malaysia yang paling meriah pada tahun 2015 dimana kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja daripada peserta yang mengambil bahagian, malah dari pihak penganjur serta kakitangan yang bertugas turut mendaptkan perkhidmatan sports massage kami.

ISTAF Super Series 2015
Acara International pertama kami adalah pada 8 Februari dimana kami dijemput oleh Exco Sukan & Kesihatan Negeri Melaka (Datuk Rahaman) untuk memberikan perkhidmatan urutan sukan pada acara Sepak Takraw Super Series (ISTAF) yang diadakan di MITC Melaka. Pada kejohanan kali ini, pasukan Malaysia membawa gelaran juara di tanah air sendiri.

Parit Jawa MTB Jamboree
Pada mingu seterusnya dalam bulan Februari, Team Terapi Sukan dijemput untuk ke acara Mountain Bike Jamboree di Parit Jawa dimana acara tersebut disempurnakan oleh Y. B Dato Razali Ibrahim dan kami diberi kesempatan untuk beramah mersa serta bergambar dengan beliau. Sambutan bagi perkhidmatan urutan sukan juga amat menggalakkan.
Kemaman MTB Jamboree
Seterusnya, selang seminggu dari acara MTB Jamboree Parit Jawa, kami dijemput pula untuk memberikan sports massage bagi acara MTB Jamboree di Kemaman dimana acara ini disempurnakan oleh Y. B Datuk Ahmad Shabery Chik. Untuk kali pertama kami menjalanka perkhidmatan urutan sukan di bawah fly over. Peraaannya sangat mengujakan. Tahniah warga Kemaman.

Seterusnya pada bulan Mac 2015 juga jadual kami agak padat dengan jemputan acara-acara sukan dan ini adalah satu petanda yang baik dimana kami dapat melihat usaha dalam memberikan kesedaran kepentingan urutan sukan selepas menjalankan aktiviti fizikal yang diluar rutin harian bagi proses pemulihan semakin meningkat dikalangan penganjur dan peserta.

PMM COLOR RUN 2015
Kami mulakan aktiviti bulan Mac adalah dengan menerima jemputan dari Politeknik Merlimau Melaka bagi acara PMM Fun Run 2015. Acara yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar Fakulti Penyediaan Makanan dan Minuman Politeknik tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar.

Sehari selepas perkhidmatan di Politeknik Merlimau kami terus ke Kota Warisan di Sepang bagi memenuhi permintaan perkhidmatan sports massage bagi acara Xtreme Jamboree Kota Warisan. Seperti acara-acara jamboree yang terdahulu, permintaan sport massage memang amat mengalakkan daripada para peserta.

Selain acara berbasikal dan larian, kami juga menerima jemputan daripada penganjur bagi acara-acara sukan berpasukan seperti kami lakukan pada 16 Mac 2015 dimana kami menerima jemputan bagi acara Futsal Standard Chartered trophy 2015 Road To Andfield. Acara yang singkat tetapi sambutan tetap menggalakkan.
MTB Serom Muar 2015
Dipenghujung bulan Mac kami menerima satu undangan sports massage bagi acara MTB di negeri Johor. Kali ini kami ke Serom
Muar dimana kami dijemput oleh penganjur untuk memberikan sport massage kepada peserta. Terdapat penglibatan dari peserta luar Negara terutamanya dari Singapore dan Philippines.

Bulan April kami mulakan dengan aktiviti dalaman dimana kami menjalankan Kursus Urutan Sukan Tahap 1 yang diadakan pada 4&5 April 2015. Seramai 10 orang peserta yang hadir. Tahniah kepada peserta kursus. Acara pertama dalam bulan April adalah acara Fit Malaysia Sarawak. Kami menerima jemputan dari pihak KBS untuk memberikan perkhidmatan dalam acara di Sarawak. Ju..Fit Juu..

Pada 25 April kami dijemput bagi memeriahkan acara Fiesta Mesra Belia Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Kompleks Sukan Paralimpik Kampung Baru. Selain menjalankan aktiviti urutan sukan, kami juga mengambil kesempatan dalam pertandingan yang dijalankan dan hasilnya kami menang acara Selfie!
Fit Malaysia Johor 2015
Bulan Mei adalah bulan untuk kami. Kerana bulan Mei adalah bulan untuk Belia. Kami menerima jemputan ke Festival Belia Putrajaya yang diadakan pada 23-25 Mei 2015. Sambutan menggalakkan diterima bukan sahaja dari belia, malah dari Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) serta Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin iaitu Panglima Angkatan tentera Malaysia juga merasakan keselesaan dan kelegaan urutan kami.

Pada penghujung bulan Mei iaitu pada 30 haribulan, kami telah mengelolakan satu pertandingan futsal terbuka yang diadakan di Y-Center UTC Pudu. Kejohanan Futsal yang diadakan sehari itu disertai oleh 21 pasukan.

Pada 31 Mei, kami memenuhi jemputan sports massage di selatan Malaysia iaitu Fit Malaysia Johor yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Baharu. Kemeriahan dirasai dengan kehadiran peserta dan pengungjung ke booth kami untuk mendapatkan sport massage.

Fit Malaysia seterusnya adalah di Utara Tanahair. Fit Malaysia Perlis mengambil tempat pada 13 Jun 2015. Menteri Belia dan Sukan sempat singgah ke booth kami untuk melihat sendiri kemeriahan urutan sukan yang kami tawarkan.

Pada tarikh yang sama, kami menjalankan Kursus Sport Massage Basic siri 2/2015 di IKBN Kuala Langat. Peserta yang hadir juga mengalakkan dan kursus selama 2 hari tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan.

Selepas berehat selama lebih sebulan, kami kembali menerima jemputan bagi perhkidmatan urutan sukan. Kami hadir pada Fit Malaysia Perak pada 12 Sept 2015. Suasana meriah seperti biasa di Fit Malaysia yang lain.

Fit Malaysia Penang pula berlangsung seminggu selepas Fit Malaysia Perak. Kami turut dijemput dan kami hadir dengan semangat yang berkobar bagi memberikan perkhidmatan urutan sukan terbaik kepada pengunjung.

Seterusnya pada bulan Oktober, kami sekali lagi menganjurkan Kursus Urutan Sukan di venue yang sama iaitu di Studio Terapi Sukan IKBN Kuala Langat. Kursus yang berlangsung selama 2 hari tersebut diadakan pada 17&18 Oktober dan disertai oleh 12 orang peserta.
Acara kedua yang kami kelolakan pada tahun 2015 adalah acara larian. Acara yang diberi nama Larian IKBN KL 2015 adalah acara tertutup yang disertai oleh pelajar-pelajar IKBN KL dan orang sekitar Kuala Langat.

Bulan November adalah bulan IronMan. Kami sekali lagi dijemput untuk memberikan perkhdimatan urutan sukan bersempena acara IRONMAN LANGKAWI 2015.
Ironman Langkawi 2015
Ini adalah acara International terbesar yang kami sertai selaku sport masseur. Ini juga adalah satu penghormatan kepada kami. Acara yang dijalankan pada  14 November itu betul betul menguji tahap ketahanan kami dimana kami memberikan urutan sukan selama lebih 10 jam tanpa henti. Walaubagaimanapun ini adalah pengalaman yang paling bernilai kepada kami.

SelangorPlus Century Ride 2015
Setersnya pada 22.11.2015 kami dijemput untuk memberikan perkhidmatan urutan sukan bersempena dengan SelangorPlus Century Ride 2015 yang diadakan di dataran Pantai Morib. Kayuhan sejauh 160km memaksa peserta menggunakan kekutan dan ketahan otot yang tinggi dan sebaik sahaja tamat perlumbaan, sport massage menjadi tumpuan utama bagi memulihkan kelesuan dan kecederaan kecil para peserta.

ASEAN Youth Summit 2015
Selain sport massage, team Terapi Sukan juga memenuhi undangan urutan bagi acara-acara korporat yang di adakan di Malaysia. Pada 17-20 November 2015, kami telah dijemput untuk memberikan perkhidmatan Urutan Korporat bagi Asean Young Leader Summit 2015 yang diadakan di PWTC dan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

NS Nature MTB 2015
Pada Disember 2015 kami menerima jemputan pertama bagi bulan tersebut adalah bagi acara NS Nature MTB Jamboree Gomeh 2015. Keunikan acara ini adalah starting dan finishing line dilakukan di landasan keretapi. Acara ini mendapat sambutan yang mengalakkan adalah kerana keunikan yang dipamerkan oleh pihak penganjur dan kami seperti biasa menjadi tumpuan peserta sebaik sahaja mereka menamatkan kayuhan.

Acara terakhir bagi tahun 2015 adalah pada 20 Disember iaitu acara Newton Challenge 2015 30km & 15km yang diadakan di Bandar Kinrara, Puchong. Acara marathon yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi para peserta menamatkan perlumbaan. Acara ini adalah acara marathon yang pertama kami sertai dan sambutan juga amat mengalakkan dan mencapai sasaran kami memberikan khidmat sebaik mungkin kepada sesiapa yang meminta.