Rabu, 13 Mei 2015

Radius Futsal Open 2015


Pelajar-pelajar semester akhir Bahagian Terapi Sukan IKBN Kuala Langat akan menganjurkan satu pertandingan futsal yang dinamakan RADIUS FUTSAL OPEN 2015. Pertandingan ini adalah satu tugasan yang wajib dilengkapkan oleh semua pelajar sebelum mereka menjalani latihan industri pada semester hadapan. Pengelolaan pertandingan ini adalah satu keperluan didalam subjej SPORTS EVENT MANAGEMENT. 

Ketetapan pertandingan adalah seperti dibawah:
Tarikh pertandingan: 30 & 31 Mei 2015
Lokasi: Gelanggan Futsal Y Centre, UTC Kuala Lumpur
Yuran pertandingan: RM 150/pasukan
Hadiah: 
JUARA: RM 2000.00 + HADIAH IRINGAN
N. JUARA : RM 1000 + HADIAH IRINGAN
KE-3 : RM 500 + HADIAH IRINGAN
KE-4 RM 200 + HADIAH IRINGAN

Marilah sama-sama memeriahkan pertandingan futsal ini dengan semangat kesukanan yang tinggi dan bukannya semata-mata untuk mendapatkan hadiah. Data setiap pasukan akan dihantarkan kepada pihak Jab. Belia & Sukan Wilayah Kuala Lumpur untuk tujuan kajian dan bancian.             

Rabu, 6 Mei 2015

Asas Urutan Sukan (video)

Kami di Team Terapi Sukan adalah sedang dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan didalam mempromosikan urutan sukan di Malaysia. Urutan sukan adalah sangat penting dalam penyediaan seseorang atlet. Atlet bukan sahaja perlu menjalani latihan untuk meningkatkan prestasi malah atlet juga memerlukan rehat yang berkualiti dalam menjaga prestasi semasa dapat dikekalkan dan ditingkatkan.

Jadi, urutan sukan bukanlah satu medium yang hanya digunakan ketika atlet mengalami kecederaan semata-mata. Ia adalah salah satu medium dalam memberikan atlet rehat yang berkualiti dimana segala penggunaan otot dan sendi yang maksimum boleh menyebabkan ikatan gentian otot boleh tersimpul malah boleh juga terkoyak atau tercedera. Jika seseorang atlet itu berehat dengan sekadar tidur dan makan yang mencukupi, ia tidak memadai untuk membantu atlet dalam memulihkan kondisi fizikal mereka yang mungkin tercedera. Jadi dengan mengamalkan urutan sukan, kadar pemulihan tersebut dapat dipercepatkan.

Jadi, kami disini menunjukkan cara yang paling mudah dan asas dalam memberikan urutan sukan kepada atlet dalam bentuk video supaya anda boleh menonton dan sedikit sebanyak dapat mempelajari teknik asas tersebut. 

Teknik asas ini adalah sangat mudah untuk diamalkan dan percayalah ianya adalah penting kepada penjagaan atlet. Selain memberikan tempoh rehat yang berkualiti, anda sebagai bapa, jurulatih, guru atau pengurus kepada atlet tersebut dapat menyumbang sedikit bonus kepada mereka dengan urutan.