Selasa, 30 Disember 2014

Valsalva Maneuver: Bahaya Kepada Brader Gym!

Ada dikalangan kita yang menjalankan latihan bebanan tetapi hanya menekankan matlamat untuk meningkatkan kapasiti otot dan seterusnya melakukan latihan bebanan yang melebihi daripada kemampuan sebenar. Apabila menjalankan latihan bebanan dengan beban yang tinggi kesannya adalah anda akan terdedah kepada beberapa kecederaan yang mungkin anda tidak sedari.

Valsalva maneuver adalah keadaan yang sering berlaku semasa menjalankan latihan bebanan. Kesan kepada keadaan ini adalah sangat merbahaya dimana usus anda mungkin akan mengalami kecederaan atau boleh terbelit. Selain dari kerosakan pada jantung.

Apakah itu Valsalva Maneuver?
Valsalva Maneuver adalah keadaan dimana anda menigkatkan tekanan terhadap intrathoracic dengan memaksa udara keluar melalui rongga udara yang tertutup. Dalam Bahasa mudahnya adalah menahan nafas atau lebih mudah lagi meneran.

Keadaan ini sering berlaku apabila anda cuba untuk mengangkat bebanan yang berat melebihi keupayaan anda semasa itu.

Kesan Valsalva maneuver dalam jangka masa pendek adalah boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk bercakap, pening kepada dan boleh mengakibatkan pengsan. Bagi kesan masa panjang pula, ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami stork dan juga boleh mengakibatkan usus kecil tersimpul (hernia) dan seterusnya mati.
Hernia: Usus terkeluar menembusi otot abdominal diakibatkan oleh usus terbelit


Jadi bagi sesiapa yang sering menjalani latihan bebanan di gymnasium atau di mana sahaja seharusnya lebih peka dengan gejala-gejala ini. Jangan disebabkan taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang sado dan kuat melebihi superman, anda mengalami kesan sampingan yang lain.

Tiada ulasan: