Isnin, 29 Disember 2014

Sport Massage Metro MTB Zon Selatan

Pada 29 November 2014 yang lalu pasukan sport massage kami telah berkhidmat kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Metro Mountain Bike Zon Selatan yang diadakan di Asahan Melaka.

Kemeriahan kejohanan dapat dirasakan semenjak sehari sebelum pertandingan lagi dimana kelihatan peserta masing-masing mengambil kesempatan menguji laluan bagi mendapatkan keserasian disamping penganjur bertungkus lumus menyediakan vanue serta krew yang akan bertugas pada hari kejohanan tersebut.

Bagi kami, tangungjawab kami juga adalah cukup mencabar memandangkan ini adalah kali pertama kami berurusan dengan kejohanan yang sebesar ini iaitu disertai oleh lebih 1400 orang peserta. 

Perkhidmatan urutan sukan yang kami tawarkan adalah urutan selepas acara (post-event) dimana urutan ini bertindak sebagai ajen penyejuk badan bagi mengembalikan keadaan fizikal kepada tahap optimum seperti sebelum peserta berlumba. Urutan yang kami tawarkan adalah sangat bersesuaian kepada atlet atau pelumba sebaik sahaja mereka menamatkan kayuhan mereka. Ini kerana ketika waktu tersebut mereka selalunya mengalami sengal-sengal otot, kekejangan otot serta keletihan pada otot terutamanya pada otot kaki.

Tujuan utama sport massage adalah untuk mengelakkan peserta terdedah kepada kecederaa akibat kelesuan dan keletihan pada otot. Selain itu ia mampu mengambalikan kecergasan fizikal peserta kepada tahap yang optimum seperti sediakala sebelum beraksi.










Tiada ulasan: