Isnin, 29 Disember 2014

Runner's Knee: Maksud, Gejala dan Rawatan

Seperti namanya,  runner’s knee atau sindrom patellofemoral adalah penyakit biasa dikalangan pelari. Tetapi ia juga boleh menyerang mana-mana atlet yang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan banyak lutut dibengkokkan seperti berjalan, berbasikal, dan melompat. Ia biasanya menyebabkan sakit di sekitar tempurung lutut. Runner’s Knee bukanlah satu kecederaan yang spesifik. Ia adalah satu istilah rawak untuk beberapa gangguan tertentu dengan sebab-sebab yang berbeza. Runner’s knee boleh disebabkan oleh :


1. Pengunaan Berlebihan. Berulang membengkokkan lutut boleh menyebabkan iritasi saraf di permukaan tempurung lutut. Berlakunya regangan tendon yang melampau dan padat (tendon adalah tisu yang menghubungkan otot ke tulang) juga boleh menyebabkan kesakitan lutut pelari.

2. Trauma secara langsung ke lutut, seperti terjatuh atau tamparan.

3. Salah jajaran (misalignment). Jika mana-mana tulang berada sedikit lari daripada kedudukan yang betul mereka - atau tidak sejajar - tekanan fizikal tidak akan sama rata melalui badan. Bahagian-bahagian tertentu badan mungkin menanggung berat badan terlalu banyak. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan kepada sendi. Kadang-kadang, tempurung lutut itu sendiri adalah sedikit lari daripada kedudukan sebenar.

4. Masalah dengan kaki. Runner’s Knee terhasil dari tapak kaki yang rata, juga dikenali sebagai fallen arches atau overpronation. Ini adalah suatu keadaan di mana tekanan ketika melangkah menyebabkan tapak kaki anda jatuh dengan meregangkan otot dan tendon.

5. Lemah pada otot peha. Kekuatan otot Quadriceps mungkin melebihi kekuatan otot Hamstrings, atau sebaliknya. Iliotibial Band memendek juga menarik tempurung lutut ketepi(lateral) dan mengakibatkan sakit.






Gejala Runner’s Knee adalah:
1. Sakit di belakang atau sekitar tempurung lutut, terutamanya di mana thighbone dan tempurung lutut bertemu.
2. Sakit apabila anda membengkok lutut - apabila berjalan, mencangkung, melutut, berlari, atau duduk.
3. Sakit yang lebih teruk lagi apabila berjalan turun tangga atau bukit.
4. Bengkak.
5. Terasa seperti pop atau pergeseran di lutut ketika melakukan aktiviti.


Apakah Rawatan untuk Lutut Runner ?
Tidak kira apa punca, berita baiknya adalah kes-kes kecederaan Runner’s Knee kecil dan sederhana akan sembuh dengan sendiri bergantung kepada masa. Tetapi, untuk mempercepatkan proses penyembuhan anda boleh:

1. Merehatkan lutut. Sebanyak mungkin, cuba untuk mengelakkan meletakkan berat badan pada lutut anda.
2. Letakkan ais pada lutut untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Lakukan ia untuk 20-30 minit setiap 3-4 jam untuk 2-3 hari, atau sehingga kesakitan itu hilang.
3. Balut (Compress) lutut anda. Gunakan pembalut elastik untuk memberikan lutut anda sokongan tambahan.
4. Tinggikan lutut anda di atas bantal apabila anda duduk atau berbaring.
5. Ambil ubat penahan sakit anti -radang. Ubat anti -radang Nonsteroidal, seperti Advil, Aleve, atau Motrin akan membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
6. Amalkan regangan dan latihan pengukuhan(bebanan rendah).
7. Dapatkan sokongan pada tapak kasut. Orthotik - yang boleh ditempah khas atau dibeli dari klinik fisioterapi - boleh membantu bagi tapak kaki yang rata.


Hanya mengurut lutut dan kaki tidak akan menyelesaikan masalah ini. Mekanik pinggul yang rosak dikesan berkaitan dengan keadaan ini walaupun ia tidak jelas jika ia adalah punca atau kesan daripada Runner’s Knee. Terdapat bukti yang menyokong perkaitan pada kelemahan otot gluteal(pinggul) terhadap individu dengan Runner’s Knee dan keberkesanan merawat masalah ini dengan mengukuhkan otot gluteal. Gluteus medius adalah salah satu penstabil utama bagi pinggul. Apabila ia tidak aktif, otot berlawanan iaitu quadratus lumborum (QL) menjadi terlalu aktif, sering menyebabkan sakit belakang dan ketegangan. Jika gluteus medius lemah, Tensor Fascia Lata (TFL) juga akan menjadi lemah, menyebabkan ia menjadi pendek, ketat dan menyakitkan untuk disentuh. Kawasan-kawasan lain yang mungkin perlu bekerja termasuklah iliotibial band, iliopsoas dan mungkin piriformis. Otot sasaran untuk rawatan terapeutik adalah glutes, hip rotators, TFL, ITB dan akhir sekali keseimbangan antara Quads dan hamstrings.

Bagaimana Mencegah Runner’s Knee?
Ada banyak yang boleh dilakukan untuk mencegah Runner’s knee.

1. Pastikan otot paha cukup kuat dan kenyal dengan melakukan regangan dengan kerap.
2. Gunakan orthotics - untuk kasut anda - jika anda mempunyai kaki rata atau masalah kaki yang lain yang boleh membawa kepada Runner’s Knee.
3. Pastikan kasut anda mempunyai sokongan yang cukup.
4. Elakkan berlari di atas permukaan keras, seperti konkrit.
5. Menjaga berat badan yang sihat.
6. Jangan meningkatkan intensiti latihan dengan mendadak. Buat perubahan secara perlahan-lahan.
7. Pakai pendakap lutut semasa bersenam, jika anda pernah mendalami Runner’s knee sebelum ini.
8. Gunakan kasut sukan berkualiti semasa melakukan aktiviti fizikal dan hentikan penggunaan kasut tersebut apabila tapak dan bentuknya telah berubah atau rosak.









Tiada ulasan: