Isnin, 29 Disember 2014

Asas Urutan Sukan

Effluerage
Effluerage adalah stroke pertama yang perlu dipelajari sebagai sebahagian daripada cara untuk memberikan urut sukan. Hal ini mudah dilakukan pada otot-otot besar di belakang. Effluerage biasanya dilakukan, dengan telapak tangan membuat gerakan membelai panjang. Tekanan berbeza-beza mengikut saiz atau ketebalan otot di bahagian angota badan yang diurut.


Kneading

Kneading adalah sebahagian daripada tradisi urut Sweden dan melibatkan meramas dan mengangkat(pick up) tisu. Hal ini biasanya dilakukan dengan menekan telapak tangan ke dalan tisu otot dan kemudian mengangkatnya dengan jari-jari dalam irama, dan berputar seperti tindakan menguli adunan tepung. Kneading merupakan teknik urut yang baik untuk melegakan otot. Ia sangat sesuai bagi sengal-sengal otot yang disebabkan terlalu banyak bekerja seperti di bahagian kaki dan bahu. Letak tangan di sekitar bahagian tubuh, gerakkan tangan ke arah yang berlawanan ketika menggunakan ramasan kukuh seolah-olah mengguli adunan tepung.


Broad Cross Fiber
Teknik broad cross fibre ini dikembangkan untuk pembelajaran rawatan tisu lembut (soft tissue manipulative) oleh British osteopath, Dr James Cyriax. Teknik ini, juga dikenali sebagai cross-fiber friction. Ia mengurangkan satu situasi dikenali sebagai crystalline roughness yang terbentuk di antara permukaan selaput tendon dan tisu tendon. Pengkristalan ini boleh menyebabkan inflamasi tendon (tendonitis). Ia juga boleh melembutkan myofascial adhesions atau mengelakkannya dari berlaku.

Draining


Draining atau deep stroke ialah salah satu cara urut asas dalam perkhidmatan Urut Sukan. Objektif utama draining adalah untuk meningkatkan sirkulasi darah. Urutan (strokes) diarahkan ke jantung. Stroke ini adalah salah satu unsur yang paling penting, kerana ia adalah asas stroke urut untuk melegakan ketegangan dalam tubuh. Sekiranya ia dilakukan dengan betul dengan tekanan yang sesuai akan memberi kesan yang memuaskan.

Draining boleh dilakukan dengan menggunakan telapak. Selain itu boleh juga menggunakan siku. Di bahagian otot tebal seperti paha dan betis, buku-buku jari tangan boleh digunakan untuk menekan jauh ke dalam otot. Elakkan draining yang berlebihan sehingga otot terpaksa bekerja lebih. Keseimbangan perlu bagi membolehkan berlakunya relaksasi pada otot. Tekanan draining juga harus dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan terlalu kuat. Dapatkan maklumbalas dari pelanggan sekiranya perlu.







Tiada ulasan: