Isnin, 29 Disember 2014

Asas Anatomi & Fisiologi Dalam Urutan Sukan

Definisi anatomi:
Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “memotong atau membelah anggota badan”. Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Anatomi kasar terbahagi kepada beberapa bahagian.

Anatomi kasar terbahagi kepada:
      1. Anatomi kawasan (regional)
Semua struktur badan dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala. 
      2. Anatomi bersistem (systemic)
Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubungkait antara struktur dan fungsinya.
      3. Anatomi permukaan (surface)
Kajian ini melibatkan struktur – struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.

Definisi fisiologi:
Berkaitan dengan sistem atau fungsi tubuh yang ada dalam badan. Kajian tentang fungsi tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang  semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Terdapat kaitannya dengan kajian tindakan fizikal dan gerakan-gerakan yang berlaku dalam badan.



Tiada ulasan: