Isnin, 29 Disember 2014

5 Kecederaan Biasa Di Dalam Sukan


Nombor 1

Achilles Tendinitis
Apabila tendon yang terdapat pada belakang bukulali (Achilles tendon) digunakan dengan kerap, bengkak dan kesakitan akan berlaku, ia dinamakan sebagai acute Achilles tendinitis. Jika keadaan tersebut dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi kronik dan akan menyebabkan anda tidak mampu untuk berlari. Achilles tendinitis adalah kecederaan yang kerap berlaku dikalangan atlet marathon dan atlet acara balapan seperti acara lompatan dan larian.
Wong Choong Hann pernah mengalami Achilles Tendinitis semasa  bertemu Park Sung-Hwan dalam Piala Thomas di Tokyo, Jepun.

Rawatan dan hindar: Regangan dan latihan bebanan untuk otot sekitar betis boleh membantu menghindarkan berkalunya kecederaan pada Achilles tendon. Rehat, ais, tekanan dan meninggikan (RICE), ubat anti keradangan dan menguatkan otot betis (gastrocnemius dan soleus) adalah pilihan rawatan yang terbaik. Elakkan terlibat didalam aktiviti sukan sehingga kecederaan benar-benar pulih atau ia akan menjadi kronik.

Nombor 2

Concussion
Concussion adalah kecederaan yang melibatkan otak dimana biasanya disebabkan oleh impak atau hentakan pada kepala. Gejala yang boleh dilihat adalah disorientation (hilang kesedaran), gangguan pada penglihatan, sakit kepala, pening, amnesia(hilang ingatan sementara), hilang keseimbangan, sukar untuk fokus dan nausea(rasa hendak muntah).

Rawatan dan hindar: Jalan terbaik menghindarkan concussion adalah mengelakkan diri dari sukan tempur, tetapi ia mungkin bukan pilihan yang baik bagi sesetengah individu. Jika anda terpaksa terlibat didalam sukan tempura tau sukan yang memerlukan sentuhan badan(body contact) anda seharusnya lebih berhati-hati dan menggunakan alatan keselamatan yang bersesuaian. Kadar pemulihan adalah bergantung kepada individu dimana sekitar beberapa minggu sehingga bulan.

Nombor 3

Groin Strain
Ketegangan yang berlaku pada otot groin atau adductor. Otot seperti kipas yang terletak pada bahagian atas peha yang membantu pergerakan menarik kaki. Kecederaan ini biasanya berlaku akibat daripada tindakan menukar arah secara tiba-tiba ketika berlari seperti didalam sukan bola sepak, hoki, bola keranjang, sukan raket dan bola tampar. Gejalanya termasuklah sakit yang menyucuk dan bengkak pada bahagian dalam peha.

Rawatan dan Hindar: Seperti lain-lain kecederaan, untuk mengelakkan kecederaan groin adalah melakukan regangan dengan sempurna sebelum bersukan. Juga, tingkatkan intensity latihan secara berperingkat dan bukannya secara drastic. Serta, lakukan latihan bebanan kepada bahagian otot-otot kecil di kawasan kaki. Jika berlaku kecederaan, elakkan melakukan regangan ini kerana otot telah cedera dan regangan boleh mengakibatkan kecederaan menjadi lebih serius. Jika anda masih meneruskan latihan, elakkan penggunaan otot groin dengan kerap serta letakkan ais pada pangkal peha, peha dan hujung peha(berhampiran lutut).

Nombor 4

Shin Splints
Shin splints adalah kecederaan yang dirujuk pada kecederaan dibahagian dalam tulang kering anda(tibia) yang mengakibatkan bengkakan pada otot sekitar tulang tersebut. Kecederaan ini selalunya akan berlaku kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal tetapi melakukannya secara mengejut. Ia juga berlaku kepada mereka yang meningkatkan intensity latihan secara mendadak mengakibatkan otot sekitar menjadi terkejut dan bengkak. Selain itu, ia juga berlaku kepada mereka yang menggunakan kasut tapak keras atau berlari atau melompat pada permukaan yang keras.

Rawatan dan Hindar: Pemakaian kasut yang sesuai adalah kaedah yang terbaik dalam mengelakkan shin splints. Selain dari itu, lakukan latihan cross training, regangan dan tidak meningkatkan intensiti secara mendadak adalah kaedah yang patut dilakukan. Sebagai rawatan, ais, regangan, ubatan anti keradangan serta urutan sukan adalah kaedah rawatan yang terbukti berkesan.

Nombor 5

Lower Back Pain
Walaupun kecederaan belakang adalah kurang berlaku berbanding kecederaan lain bagi atlet, ia biasanya boleh memberi kecederaan kepada pelumba lari, pelumba basikal, pemain golf, tenis dan baseball. terdapat pelbagai jenis kecederaan belakang antaranya adalah, pembengkakan pada disk, otot bergerak sendiri(spasms) dan kesakitan sehingga ke kaki dikenali sebagai sciatica, punca utama kepada kesalahan melakukan regangan. Dikalangan pelari, jika berlaku walaupun sedikit ketidakseimbangan pada kaki boleh menyebabkan kecederaan belakang.



2 ulasan:

yein version berkata...

Good Info.. Thanks..

Tanpa Nama berkata...

Bagus info yang ada..terima kasih..