Selasa, 30 Disember 2014

Valsalva Maneuver: Bahaya Kepada Brader Gym!

Ada dikalangan kita yang menjalankan latihan bebanan tetapi hanya menekankan matlamat untuk meningkatkan kapasiti otot dan seterusnya melakukan latihan bebanan yang melebihi daripada kemampuan sebenar. Apabila menjalankan latihan bebanan dengan beban yang tinggi kesannya adalah anda akan terdedah kepada beberapa kecederaan yang mungkin anda tidak sedari.

Valsalva maneuver adalah keadaan yang sering berlaku semasa menjalankan latihan bebanan. Kesan kepada keadaan ini adalah sangat merbahaya dimana usus anda mungkin akan mengalami kecederaan atau boleh terbelit. Selain dari kerosakan pada jantung.

Apakah itu Valsalva Maneuver?
Valsalva Maneuver adalah keadaan dimana anda menigkatkan tekanan terhadap intrathoracic dengan memaksa udara keluar melalui rongga udara yang tertutup. Dalam Bahasa mudahnya adalah menahan nafas atau lebih mudah lagi meneran.

Keadaan ini sering berlaku apabila anda cuba untuk mengangkat bebanan yang berat melebihi keupayaan anda semasa itu.

Kesan Valsalva maneuver dalam jangka masa pendek adalah boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk bercakap, pening kepada dan boleh mengakibatkan pengsan. Bagi kesan masa panjang pula, ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami stork dan juga boleh mengakibatkan usus kecil tersimpul (hernia) dan seterusnya mati.
Hernia: Usus terkeluar menembusi otot abdominal diakibatkan oleh usus terbelit


Jadi bagi sesiapa yang sering menjalani latihan bebanan di gymnasium atau di mana sahaja seharusnya lebih peka dengan gejala-gejala ini. Jangan disebabkan taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang sado dan kuat melebihi superman, anda mengalami kesan sampingan yang lain.

Isnin, 29 Disember 2014

MTB METRO HULU SELANGOR

Team kami sekali lagi telah diberikan tangungjawab bagi memberikan perkhidmatan sport massage kepada peserta MTB METRO yang kali ini dijalankan di Hulu Selangor. Dimaklumkan peserta yang mengambil bahagian adalah melebihi 1000 orang. Ini adalah kejohanan MTB Merto yang terakhir untuk tahun 2014 ini.


Kemeriahan MTB kali ini dapat dilihat dengan kehadiran pihak penaja yang memberikan sumbangan serta hadir sendiri ke lokasi kejohanan bagi memeriahkan lagi kejohan penutup bagi tahun 2014.

VVIP yang hadir juga memeriahkan lagi kejohanan kali ini. Yang baiknya, VVIP iaitu Datuk Musa Yusof Director Domestic Marketing Division Tourism Malaysia juga datang ke tempat kami untuk merasa sendiri kebaikan urutan sukan yang kami sediakan.

BERSAMA DATUK MUSA YUSOF
Secara keseluruhannya kami dari Team Terapi Sukan merasakan sangat berbesar hati kerana diterima dan diberikan kepercayaan yang tinggi daripada pihak penganjur terutama pihak Metro dan D Wish Management selaku penganjur serta pegawai-pegawai teknikal yang banyak membantu dalam memperosikan sport massage di Malaysia.



Sampai jumpa lagi di tahun 2015. Kami dari Team Terapi Sukan mengucapkan jutaan terima kasih serta tahniah kepada pemenang sepanjang tahun ini.

Sport Massage Metro MTB Zon Selatan

Pada 29 November 2014 yang lalu pasukan sport massage kami telah berkhidmat kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Metro Mountain Bike Zon Selatan yang diadakan di Asahan Melaka.

Kemeriahan kejohanan dapat dirasakan semenjak sehari sebelum pertandingan lagi dimana kelihatan peserta masing-masing mengambil kesempatan menguji laluan bagi mendapatkan keserasian disamping penganjur bertungkus lumus menyediakan vanue serta krew yang akan bertugas pada hari kejohanan tersebut.

Bagi kami, tangungjawab kami juga adalah cukup mencabar memandangkan ini adalah kali pertama kami berurusan dengan kejohanan yang sebesar ini iaitu disertai oleh lebih 1400 orang peserta. 

Perkhidmatan urutan sukan yang kami tawarkan adalah urutan selepas acara (post-event) dimana urutan ini bertindak sebagai ajen penyejuk badan bagi mengembalikan keadaan fizikal kepada tahap optimum seperti sebelum peserta berlumba. Urutan yang kami tawarkan adalah sangat bersesuaian kepada atlet atau pelumba sebaik sahaja mereka menamatkan kayuhan mereka. Ini kerana ketika waktu tersebut mereka selalunya mengalami sengal-sengal otot, kekejangan otot serta keletihan pada otot terutamanya pada otot kaki.

Tujuan utama sport massage adalah untuk mengelakkan peserta terdedah kepada kecederaa akibat kelesuan dan keletihan pada otot. Selain itu ia mampu mengambalikan kecergasan fizikal peserta kepada tahap yang optimum seperti sediakala sebelum beraksi.










Badan Tak Boleh Sado Dalam 1 Minggu!

Penggunaan tenaga harian manusia biasa yang menjalankan rutin harian yang biasa adalah dalam 40% hingg 60% keupayaan otot sahaja. Ini bermakna, dalam menjalankan kehidupan harian kita, kita tidak menggunakan keseluruhan keupayaan tenaga kita. Jadi, jika kita hendak menjadi sado hanya dengan makan makanan tambahan dan tidak melakukan latihan itu adalah mustahil! Melainkan penggunaan tenaga harian kita adalah 90% ke 100%.

Jadi, untuk menjadi sado kita perlukan masa dan sistem latihan yang tepat. Kerana apa perlu sistem latihan yang tepat? Sebabnya adalah untuk mengelakkan anda berhenti di separuh jalan! Jadi, anda perlu memahami prinsip latihan dan juga tempoh latihan.

Sekurang-kurangnya tiga bulan diperlukan untuk membentuk tubuh badan yang sado! Di bawah adalah satu konsep atau prinsip latihan  membentuk badan yang sado.


Latihan Gym Untuk Badan Sado!

Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam latihan-latihan bebanan di gym. Kebiasaan yang datang ke gym adalah untuk membina otot dan meningkatkan kekuatan tubuh badan. 

Terdapat banyak latihan yang boleh dilakukan akan tetapi latihan hendaklah bersesuaian dengan tahap fizikal seseorang. Keupayaan seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Sebab itu pentingnya mengetahui tentang konsep latihan atau prinsip latihan tersebut.

Konsep latihan bagi meningkatkan kekuatan adalah berbeza dengan konsep latihan untuk menaikkan saiz otot. Ianya tidak sama. Terdapat sesetengah orang yang hanya inginkan bentuk badan yang kecil tetapi sado dan ada juga mahukan saiz otot yang besar. Jadi, dalam hal ini konsep latihan bebanan adalah satu perkara yang penting.

Didalam membentuk satu design program latihan bebanan, individu tersebut perlu tahu mengenai 1 RM bagi dirinya. Dari 1 RM tersebut barulah dapat mencipta konsep latihan didalam design latihan nanti. 

1RM adalah One Repetition Maximum atau dalam bahasa mudahnya adalah bebanan maksimum yang mampu dilakukan oleh individu.

Sebagai contoh: 

1 RM bagi Biceps Curl bgi Ali adalah 100lbs.

Untuk melakukan war-up: Ali hanya perlu menangkat bebanan 50% dari 1RM tersebut.
Untuk meningkatkan kekuatan otot: 70% dari 1RM iaitu 70% x 100lbs = 70 lbs (15 reps)
Untuk membentuk otot: 80% dari 1RM iaitu 80% X 100lbs = 80lbs (8-10 reps)
Untuk membesarkan otot: 90% dari 1RM iaitu 90% X 100lbs = 90lbs (4 reps)

Jadi disini kami sertakan satu cadangan program latihan yang boleh dilakukan oleh anda jika anda pergi ke gym atau anda boleh juga lakukan dirumah. Konsep latihan ini adalah konsep latihan total body dimana ianya adalah salah satu konsep latihan yang terbaik untuk diamalkan kerana fokus terhadap semua otot-otot penting di dalam membentuk tubuh badan yang sado.


Bagi mereka yang tidak memahami terms latihan di atas, kami sertakan gambar rajah di bawah sebagai rujukan.





Kursus Sport Massage Sesi 1/2015


Kursus Urutan Sukan akan di adakan bagi tahun 2015 adalah pada 17& 18 Januari 2015. Lakasi bagi kursus adalah di Studio Terapi Sukan IKBN Kuala Langat.

Kursus Urutan Sukan yang akan dianjurkan selama 2 hari ini akan melibatkan beberapa modul latihan:

1. Anatomi dan Fisiologi Manusia (teori)
2. Konsep di dalam Urutan Sukan (teori)
3. Urutan Sukan (asas teori dan amali)

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan kami di talian 019-696 5836 (Shahmil)/ 012 747 8064 (Fakhrul) email kami di sdfmuscularsolution@gmail.com dan juga inbox di facebook kami iaitu di www.facebook.com/terapisukan



Origin & Insertion of Muscles

Origin & Insertion of muscle adalah salah satu elemen bagi sesiapa yang ingin mendalami urutan sukan. Ia menjadi penting kerana ia melibatkan perlekatan otot dan pergerakan spesifik bagi otot yang terlibat. Jadi, jika terdapat masalah atau kecederaan pada sendi atau sukar untuk melakukan pergerakan, ia mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh otot-otot yang terlibat dalam pergerakan itu. 

Origin dan insertion boleh membantu seorang juruterapi bagi mengenalpasti tahap kecederaan dan boleh memberikan fokus dalam memberikan rawatan. Dengan mendalami ilmu origin & insertion of muscle dapat membantu seorang juruterapi menjalankan tugas rawatan dengan lebih baik dan berkesan.


5 Kecederaan Biasa Di Dalam Sukan


Nombor 1

Achilles Tendinitis
Apabila tendon yang terdapat pada belakang bukulali (Achilles tendon) digunakan dengan kerap, bengkak dan kesakitan akan berlaku, ia dinamakan sebagai acute Achilles tendinitis. Jika keadaan tersebut dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi kronik dan akan menyebabkan anda tidak mampu untuk berlari. Achilles tendinitis adalah kecederaan yang kerap berlaku dikalangan atlet marathon dan atlet acara balapan seperti acara lompatan dan larian.
Wong Choong Hann pernah mengalami Achilles Tendinitis semasa  bertemu Park Sung-Hwan dalam Piala Thomas di Tokyo, Jepun.

Rawatan dan hindar: Regangan dan latihan bebanan untuk otot sekitar betis boleh membantu menghindarkan berkalunya kecederaan pada Achilles tendon. Rehat, ais, tekanan dan meninggikan (RICE), ubat anti keradangan dan menguatkan otot betis (gastrocnemius dan soleus) adalah pilihan rawatan yang terbaik. Elakkan terlibat didalam aktiviti sukan sehingga kecederaan benar-benar pulih atau ia akan menjadi kronik.

Nombor 2

Concussion
Concussion adalah kecederaan yang melibatkan otak dimana biasanya disebabkan oleh impak atau hentakan pada kepala. Gejala yang boleh dilihat adalah disorientation (hilang kesedaran), gangguan pada penglihatan, sakit kepala, pening, amnesia(hilang ingatan sementara), hilang keseimbangan, sukar untuk fokus dan nausea(rasa hendak muntah).

Rawatan dan hindar: Jalan terbaik menghindarkan concussion adalah mengelakkan diri dari sukan tempur, tetapi ia mungkin bukan pilihan yang baik bagi sesetengah individu. Jika anda terpaksa terlibat didalam sukan tempura tau sukan yang memerlukan sentuhan badan(body contact) anda seharusnya lebih berhati-hati dan menggunakan alatan keselamatan yang bersesuaian. Kadar pemulihan adalah bergantung kepada individu dimana sekitar beberapa minggu sehingga bulan.

Nombor 3

Groin Strain
Ketegangan yang berlaku pada otot groin atau adductor. Otot seperti kipas yang terletak pada bahagian atas peha yang membantu pergerakan menarik kaki. Kecederaan ini biasanya berlaku akibat daripada tindakan menukar arah secara tiba-tiba ketika berlari seperti didalam sukan bola sepak, hoki, bola keranjang, sukan raket dan bola tampar. Gejalanya termasuklah sakit yang menyucuk dan bengkak pada bahagian dalam peha.

Rawatan dan Hindar: Seperti lain-lain kecederaan, untuk mengelakkan kecederaan groin adalah melakukan regangan dengan sempurna sebelum bersukan. Juga, tingkatkan intensity latihan secara berperingkat dan bukannya secara drastic. Serta, lakukan latihan bebanan kepada bahagian otot-otot kecil di kawasan kaki. Jika berlaku kecederaan, elakkan melakukan regangan ini kerana otot telah cedera dan regangan boleh mengakibatkan kecederaan menjadi lebih serius. Jika anda masih meneruskan latihan, elakkan penggunaan otot groin dengan kerap serta letakkan ais pada pangkal peha, peha dan hujung peha(berhampiran lutut).

Nombor 4

Shin Splints
Shin splints adalah kecederaan yang dirujuk pada kecederaan dibahagian dalam tulang kering anda(tibia) yang mengakibatkan bengkakan pada otot sekitar tulang tersebut. Kecederaan ini selalunya akan berlaku kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal tetapi melakukannya secara mengejut. Ia juga berlaku kepada mereka yang meningkatkan intensity latihan secara mendadak mengakibatkan otot sekitar menjadi terkejut dan bengkak. Selain itu, ia juga berlaku kepada mereka yang menggunakan kasut tapak keras atau berlari atau melompat pada permukaan yang keras.

Rawatan dan Hindar: Pemakaian kasut yang sesuai adalah kaedah yang terbaik dalam mengelakkan shin splints. Selain dari itu, lakukan latihan cross training, regangan dan tidak meningkatkan intensiti secara mendadak adalah kaedah yang patut dilakukan. Sebagai rawatan, ais, regangan, ubatan anti keradangan serta urutan sukan adalah kaedah rawatan yang terbukti berkesan.

Nombor 5

Lower Back Pain
Walaupun kecederaan belakang adalah kurang berlaku berbanding kecederaan lain bagi atlet, ia biasanya boleh memberi kecederaan kepada pelumba lari, pelumba basikal, pemain golf, tenis dan baseball. terdapat pelbagai jenis kecederaan belakang antaranya adalah, pembengkakan pada disk, otot bergerak sendiri(spasms) dan kesakitan sehingga ke kaki dikenali sebagai sciatica, punca utama kepada kesalahan melakukan regangan. Dikalangan pelari, jika berlaku walaupun sedikit ketidakseimbangan pada kaki boleh menyebabkan kecederaan belakang.



Sport Massage Ironman Langkawi International 2014


Pada 27 September 2014 Team Terapi Sukan SDF telah terlibat dalam memberikan pekhidmatan urutan sukan bersempena dengan kejohanan Ironman Langkawi International 2014 yang diadakan di Dataran Helang, Pulau Langkawi Kedah.

Seramai 19 juru urut telah di hantar untuk tugasan itu bekerjasama dengan pihak penganjur serta juru urut dari Medicine, Massage and Rehabilitation Sdn Bhd. Penglibatan kami adalah untuk memberikan urutan sukan kepada peserta kejohanan sebaik sahaja peserta-peserta menamatkan perlumbaan.

Sepertimana kita sedia maklum kejohanan Ironman ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental pada tahap yang paling tinggi apabila melibatkan gabungan tiga acara iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 108 kilometer dan berlari  sejauh 42 kilometer.

Sebaik sahaja peserta menamatkan perlumbaan mereka semua akan diberikan urutan sukan yang mampu mengembalikan keupayaan otot serta sendi kepada penggunaan sediakala. Keperluan urutan sukan adalah sangat penting bagi atlet yang terlibat dalam acara seperti ini.






Kami bermula menjalankan tugas pada jam 3 petang dan berterusan sehingga jam 2 pagi hari berikutnya. Selama 12 jam bertugas tanpa henti dari peserta pertama menamatkan perlumbaan sehingga peserta terakhir tiba di garisan penamat.

Kebaikan Cili Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Manfaat Kesihatan memakan cili didokumenkan dengan baik tetapi hanya sedikit infomasi diketahui, walaupun banyak dan mendalam cara-cara dimana cili dikenali sebagai agen dalam membantu, melegakan dan mencegah banyak masalah kesihatan.
Komponen utama dalam cili adalah kimia yang dipanggil Capsaicin, yang menyebabkan ia panas yang melampau apabila dirasai.

Tetapi apa lagi yang Capsaicin lakukan?

Merendahkan Tahap Gula Di dalam Darah
Makan cili boleh memberi kesan yang sangat positif ke atas orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami diabetes, mengikut kepada satu pasukan penyelidik di University of Tasmania, yang melakukan penyelidikan dan diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, pada bulan Julai 2006.

Kajian yang dijalankan menghasilkan bahawa pemakanan yang pedas (mengandungi cili) dengan ketara boleh membantu mengawal paras insulin selepas makan.
Data sebenar yang dikumpul menunjukkan bahawa selepas makan Cili, jumlah insulin yang diperlukan untuk menurunkan paras gula dalam darah berjaya dikurangkan sebanyak 60%.
Cara yang tepat bagaimana Cili bertindak untuk mengurangkan keperluan insulin masih tidak difahami sepenuhnya lagi, tetapi ia sudah tentu memberikan berita baik untuk orang-orang yang mempunyai kencing manis, keadaan ini memang boleh dilakukan degan menggalakkan pemakanan yang pedas dikalangan kita rakyat Malaysia.

Meningkatkan Kesihatan Jantung, Menigkatkan Peredaran Darah, Mencairkan Darah dan Membantu Mengelakkan Strok
Sebagai penggalak peredaran darah, cili mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk merangsang peredaran dan juga bertindak sebagai menipiskan darah untuk membantu melindungi daripada strok.
A neurologi mengatakan bahawa jika anda mengenal pasti tanda-tanda dan mendiagnosis strok dan merawat dalam masa 3 jam, kesan boleh benar-benar berubah. PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang; anda boleh bertaruh bahawa sekurang-kurangnya satu nyawa akan diselamatkan.

Mengurangkan Sakit & Keradangan
Capsaicin terkenal dengan kangungan Neuropeptide yang berkait dengan proses keradangan. Cili memainkan peranan dalam merubah protein plasma seperti yang telah dilaporkan oleh pesakit dengan penyakit auto-radang seperti rheumatoid dan arthritis. Pengambilan tetap cili boleh membantu untuk mengurangkan kesan penyakit-penyakit tersebut pada badan.
Capsaicin juga didapati mampu memberikan kelegaan kesakitan yang berkesan tanpa kesan kebas yang biasanya dikaitkan dengan anestetik, dan ketidakupayaan dalam beberapa kes, bersama dengan kesan-kesan sedatif biasa beberapa ubat penahan sakit.

Penyelidik di Universiti Havard baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka percaya Capsaicin boleh digunakan untuk mensasarkan reseptor kesakitan, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf dan menyebabkan kesan sampingan yang dinyatakan di atas.
Banyak ubat penahan sakit yang digunakan sekarang hari ini menjejaskan kecerdasan mental, dan keupayaan pesakit untuk berfungsi dengan baik selepas pengambilannya. Capsaicin boleh memberikan alternatif yang selamat untuk kesan-kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan tidak selesa yang berkaitan dengan ubat penahan sakit yang lain.

Bertindak sebagai Terapeutik & Relaxant
Banyak kajian kini menunjukkan bahawa Cili boleh mempunyai kesan terapeutik pada badan, membolehkan seseorang untuk berehat dengan lebih mudah.
Terdapat bahan kimia semula jadi di dalam Capsaicin yang dikenali sebagai Bahan P, yang terlibat dalam penghantaran dan persepsi kesakitan. Hasilnya Cili boleh berguna dalam mengurangkan dan mencegah masalah yang sama seperti sakit kepala, migrain dan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh masalah sinus, yang membolehkan seseorang untuk berehat dengan lebih mudah.
Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang, yang menyebabkannya sangat sempurna untuk melegakan keadaan seperti usus, neuropati yang disebabkan oleh tercetusnya penyakit kencing manis dan psoriasis.

Membantu Penghadaman
Cili membuka saluran hidung anda dengan cepat dan berkesan, membolehkan anda untuk bernafas dengan lebih mudah.

Menghadkan Menyebar Kanser Prostat
Pengkaji kanser menerbitkan kajian pada Mac 2006 yang menyimpulkan bahawa Capsaicin membantu menghentikan penyebaran kanser prostat. Capsaicin yang terdapat dalam Cili membunuh dua kedua-dua jenis sel utama dalam sel kanser prostat.

"Ia juga secara mendadak memperlahankan perkembangan tumor prostat dibentuk didalam sel  manusia sepertimana kajian yang dijalankan terhadap tikus" kata Lehmann Soeren Lehmann, M.D., Ph.D., visiting scientist at the Cedars-Sinai Medical Center and the UCLA School of Medicine
Dos pada tikus yang menghasilkan kesan-kesan ini secara kasar bersamaan dengan kira-kira 5 Habanero Peppers seminggu untuk seorang lelaki dewasa biasa.

Manfaat kesihatan Lain-lain
Cili Membantu Membakar Lemak
Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian mendedahkan bahawa makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama 3 jam.

Kesan lain


Akhir sekali, makan Cili mampu untuk menurunkan kolesterol dan untuk mengurangkan jumlah fibrin di dalam darah. Hasilnya, ia mampu mengurangkan kecenderungan darah untuk membeku.

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Terapi Urut

Apa yang perlu anda tahu tentang terapi urut? Juga selain daripada itu dapat membantu melegakan sakit otot, beberapa yang lain perkara-perkara seperti apakah jenis-jenis yang berbeza, apakah risiko-risiko, jika terdapat apa-apa kesan sampingan dan sama ada atau tidak ia perlu menggantikan perubatan konvensional.

Sebagai permulaan, terdapat lebih daripada 10 jenis yang digunakan setakat ini. Beberapa contoh ini termasuk refleksologi, shiatsu, urutan belakang, Thai, batu panas, tisu yang mendalam, aromaterapi dan Sweden. 

Terdapat hanya beberapa risiko serius yang berkaitan dengan terapi urut dan ini boleh dielakkan jika anda mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah untuk berunding dengan doktor anda untuk melihat jika ia adalah selamat untuk anda untuk melihat tukang urut. 

Pesakit yang mempunyai syarat-syarat berikut tidak perlu menjalani terapi urut. Ini termasuk trombosis vena yang mendalam yang berlaku menjadi darah beku dalam vena yang mendalam, biasanya di kaki, gangguan pendarahan atau mengambil ubat darah-penipisan seperti warfarin, pembuluh darah rosak dan lemah tulang dari osteoporosis, patah baru-baru ini, atau kanser . 

Anda juga perlu mendapatkan urutan (bergantung pada syarat dan kondisi) jika anda mempunyai demam, mempunyai kecederaan terbuka, telah didiagnosis dengan tumor, mempunyai saraf yang rosak, mempunyai jangkitan atau keradangan akut. Syarat-syarat tertentu juga boleh menjadi berbahaya jika anda membuat keputusan untuk mendapatkan urutan. Ini termasuk kehamilan, kanser, kulit rapuh, masalah jantung, dermatomyositis dan sejarah penyalahgunaan fizikal. 

Terdapat kesan sampingan tertentu yang berkaitan dengan terapi urut. Ini termasuk sakit sementara atau tidak selesa, lebam, bengkak dan sensitiviti atau alahan kepada minyak urut. 

Terapi urut tidak boleh digunakan sebagai pengganti untuk rawatan perubatan biasa. Jika doktor anda memberitahu anda bahawa anda boleh berjumpa dengan pakar, melakukan kajian mengenai orang itu. 

Anda perlu memeriksa kelayakan atau lesen mereka, tahun pengalaman dan latihan. Jika anda memerlukan terapi urut untuk membantu menyembuhkan keadaan perubatan, mengetahui terlebih dahulu jika mereka telah latihan khusus dalam bidang ini. 

Ia tidak akan menjejaskan juga bertanya jika mereka menggunakan amalan CAM lain selain terapi urut untuk membantu pesakit-pesakit mereka. Beberapa contoh di antaranya adalah penggunaan herba dan memerlukan pesakit untuk pergi pada diet khas. 

Jika semua diperlukan, maka ini adalah masa yang anda mengetahui berapa banyak rawatan yang diperlukan, kos dan jika ini akan dilindungi oleh insurans anda. Dalam kebanyakan kes, ini tidak akan dihormati. Sesetengah orang mungkin meminta ujian sepuluh minit percuma untuk melihat bagaimana mereka melaksanakan. 

Sebahagian daripada kriteria perlu termasuk memberikan anda privasi apabila anda menukar pakaian, ia meliputi badan anda untuk kehormatan dan kehangatan, berinteraksi secara verbal dan tidak verbal sebelum memulakan sesi, bahagian badan yang anda mahu diberi penekanan yang lebih, meminta maklum balas tentang bagaimana mereka lakukan dan menempatkan permintaan untuk tekanan kurang atau lebih sengit. 

Bahagian terbaik tentang terapi urut adalah bahawa ia boleh memberikan kelegaan tanpa perlu menelan ubat pembunuh kesakitan dan mengetahui beberapa fakta tentang ia adalah baik supaya anda tahu apa yang anda mendapat diri anda ke dalam sebaik sahaja anda melawat tempat itu. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai ini dengan melakukan penyelidikan yang tidak buruk walaupun anda hanya pergi untuk satu sesi untuk melegakan beberapa tekanan atau sakit dan tidak perlu untuk melawat kerana keadaan perubatan.

Asas Urutan Sukan

Effluerage
Effluerage adalah stroke pertama yang perlu dipelajari sebagai sebahagian daripada cara untuk memberikan urut sukan. Hal ini mudah dilakukan pada otot-otot besar di belakang. Effluerage biasanya dilakukan, dengan telapak tangan membuat gerakan membelai panjang. Tekanan berbeza-beza mengikut saiz atau ketebalan otot di bahagian angota badan yang diurut.


Kneading

Kneading adalah sebahagian daripada tradisi urut Sweden dan melibatkan meramas dan mengangkat(pick up) tisu. Hal ini biasanya dilakukan dengan menekan telapak tangan ke dalan tisu otot dan kemudian mengangkatnya dengan jari-jari dalam irama, dan berputar seperti tindakan menguli adunan tepung. Kneading merupakan teknik urut yang baik untuk melegakan otot. Ia sangat sesuai bagi sengal-sengal otot yang disebabkan terlalu banyak bekerja seperti di bahagian kaki dan bahu. Letak tangan di sekitar bahagian tubuh, gerakkan tangan ke arah yang berlawanan ketika menggunakan ramasan kukuh seolah-olah mengguli adunan tepung.


Broad Cross Fiber
Teknik broad cross fibre ini dikembangkan untuk pembelajaran rawatan tisu lembut (soft tissue manipulative) oleh British osteopath, Dr James Cyriax. Teknik ini, juga dikenali sebagai cross-fiber friction. Ia mengurangkan satu situasi dikenali sebagai crystalline roughness yang terbentuk di antara permukaan selaput tendon dan tisu tendon. Pengkristalan ini boleh menyebabkan inflamasi tendon (tendonitis). Ia juga boleh melembutkan myofascial adhesions atau mengelakkannya dari berlaku.

Draining


Draining atau deep stroke ialah salah satu cara urut asas dalam perkhidmatan Urut Sukan. Objektif utama draining adalah untuk meningkatkan sirkulasi darah. Urutan (strokes) diarahkan ke jantung. Stroke ini adalah salah satu unsur yang paling penting, kerana ia adalah asas stroke urut untuk melegakan ketegangan dalam tubuh. Sekiranya ia dilakukan dengan betul dengan tekanan yang sesuai akan memberi kesan yang memuaskan.

Draining boleh dilakukan dengan menggunakan telapak. Selain itu boleh juga menggunakan siku. Di bahagian otot tebal seperti paha dan betis, buku-buku jari tangan boleh digunakan untuk menekan jauh ke dalam otot. Elakkan draining yang berlebihan sehingga otot terpaksa bekerja lebih. Keseimbangan perlu bagi membolehkan berlakunya relaksasi pada otot. Tekanan draining juga harus dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan terlalu kuat. Dapatkan maklumbalas dari pelanggan sekiranya perlu.