URUTAN SUKAN DAN KECERGASAN

Perkhidmatan urutan sukan yang spesifik kepada pemulihan otot dan kecergasan.

URUTAN REMEDIAL SUKAN

Perkhidmatan urutan bagi pemulihan kecederaan.

KURSUS URUTAN SUKAN

Pelajari teknik urutan sukan dari asas hingga mahir.

RAKAN RECOVERY ANDA

Perkhidmatan urutan sukan serta pemulihan kepada acara-acara sukan dan korporat.

MEDICAL COVERAGE UNTUK PASUKAN

Perkhidmatan medical coverage untuk pasukan anda.

Khamis, 30 Julai 2020

Sejarah Sports Massage di Malaysia

Dalam masa sekarang ni memang banyak kita dapat jumpa sports massage di mana-mana di Malaysia. Boleh dikatakan disetiap negeri ada sahaja pengamal-pengamal atau dikenali juga sebagai sports masseur yang boleh kita jumpa dan dapatkan perkhidmatannya.

Ini kerana teknik-teknik dalam sports massage sangat praktikal dan bersesuaian untuk semua golongan dan bukannya terhad atau ekslusif untuk atlet sahaja. Bagi mereka-mereka yang pernah rasakan sports massage pasti anda setuju dengan pendapat kami.

Sejarah Sports Massage di Malaysia.

Sports massage bukanlah perkara baharu di negara kita. Ia bermula pada 1996 dimana pihak Majlis Sukan Negara(MSN) telah menghantar beberapa orang ke Australia untuk mempelajari teknik-teknik spesifik sports massage untuk di praktikkan kepada atlet elit Malaysia ketika itu untuk persiapan ke Sukan Commonwealth 1998 yang mana kita menjadi tuan rumah untuk julung kalinya.

Dan sepertimana yang kita sedia maklum, atlet-atlet negara kita telah mengumpul 10 pingat emas keseluruhan dan itu merupakan pencapaian yang paling tinggi bagi kontinjen Malaysia sejak pertama kali menyertai Sukan Commonwealth. Masih ingatkah anda dengan nama-nama seperti Sapok Biki, G. Saravanan, Nurul Huda Baharin dan pasukan gimrama yang diangotai oleh gimnas muda terbaik negara seperti Sarina Sundara Rajah, Thye Chee Kiat, El Regina Tajudin dan Carolyn Au-Yong.

Sejak daripada itu, penggunaan sports massage menjadi satu elemen penting dalam aspek penyediaan atlet malah untuk pertandingan juga. Jadi, bagi mereka-meraka yang mementingkan peningkatan prestasi dalam aktiviti fizikal sebaiknya terapkan elemen sports massage dalam komponen latihan supaya matlamat untuk mencapai sasaran menjadi kenyataan.

Kami sediakan video untuk penerangan lebih lanjut mengenai sports massage untuk rujukan anda bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepenting sports massage.


Rabu, 29 Julai 2020

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation(PNF)

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) merupakan satu set senaman yang advance untuk meregangkan otot dan menggalakkan keupayaan melentur(flexibility). Dengan PNF, kumpulan otot diletakkan dalam rutin regangan dan penguncupan.
 
Kaedah senaman ini secara teknikalnya sering digunakan dalam proses rehabilitasi oleh sebab tahap keberkesanannya sangat terbukti, ia juga membantu dalam meningkatkan kekuatan(strength) kumpulan otot tertentu.
 
Perkara yang perlu diambil kira sebelum melakukan PNF
 
Teknik regangan PNF akan menyebabkan berlaku peningkatan sedikit tekanan tambahan kepada otot-otot tertentu secara spesifik. Ini akan meningkatkan risiko kepada kecederaan terhadap tisu-tisu lembut di dalam tubuh badan. Sebaiknya, sebelum melakukan aktiviti PNF, anda digalakkan untuk meningkatkan keupayaan fizikal terlebih dahulu dengan melibatkan diri dengan latihan conditioning atau lebih baik mendapatkan urutan sukan secara berkala. Juga, aktiviti warm-up dan cooling-down perlu dititikberatkan dalam semua aktiviti fizikal yang diceburi.
 
Jika anda sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan melentur ataupun meningkatkan prestasi dalam sukan, PNF merupakan elemen yang paling penting untuk anda titik beratkan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kekuatan otot dan sendi sebelum bersukan, malah ia juga membantu anda untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada kecederaan yang berkaitan dengan sukan yang anda ceburi. Ia juga mampu membantu dalam proses rehabilitasi bagi sesetengah individu yang sedang mengalami kecederaan. Bersukan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi minda dan keupayaan lain dalam tubuh badan tetapi jangan abaikan aktiviti regangan kerana ia kadang kala menjadi punca kepada kelesuan dan kesakitan yang berpanjangan.
 
Di sini kami sertakan sedikit sedutan aktiviti regangan yang dijalankan dalam kursus asas urutan sukan yang kami anjurkan. Teknik yang digunakan merupakan teknik asas untuk diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja tamat sesi urutan sukan. 


 

Khamis, 16 Julai 2020

Artikel Percuma-Rawatan Tennis Elbow

Terima kasih kerana berminat menonton sesi FB Live yang kami jalankan mengenai tajuk Rawatan Kecederaan Tennis Elbow.

Sepeti dijanjikan, anda boleh memuat turun garis panduan rawatan kecederaan Tennis Elbow yang kami sedikan untuk rujukan anda.



Semoga bermenfaat untuk kita semua.

Selasa, 30 Jun 2020

CEDERA POPLETIUS: PERNAH RASA KAKI SUSAH NAK LIPAT? INI PUNCANYA...


Adakah anda salah seorang yang sering mengalami rasa sakit apabila hendak membengkokkan kaki terutama untuk duduk atau berjalan. Rasa tegang yang teramat sangat dan sakit. Rasa sakit semakin bertambah sebaik sahaja selesai beridah dan bersukan sehingga rasa malas untuk menjalankan aktiviti fizikal?


INILAH SEBAB UTAMA MASALAH INI..
Selain kecederaan runner’s knee, kecederaan otot popletius juga merupakan punca kesakitan di bahagian lutut. Rasa sakit terasa apabila anda cuba untuk melangkah dan terasa tegang serta sukar untuk membengkokkan kaki.


Otot popliteus terlibat dalam dua pergerakan utama sendi lutut: knee flexion dan putaran dalaman.

Semasa berjalan, kaki diluruskan atau "terkunci" setiap kali melangkah ke depan dan meletakkan berat tubuh di kaki depan.

Semasa melangkah ke hadapan dengan kaki yang lain, kaki yang asal perlu dibengkokkan atau dibuka untuk menolak bagi mendorong badan ke hadapan.

Otot popliteus menyebabkan kaki terkunci pada kedudukan kaki lurus dan membantu kaki membengkok dan sedikit memutar ke dalam semasa melangkah.

DI MANA KEDUDUKAN OTOT POPLETIUS?
Lokasi mudahnya adalah di pelipat kaki(di belakang lutut).

Dan secara anatominya, origin otot tersebut bermula pada lateral epicondyle tulang femur dan dilekatkan pada tulang medial tibia(permulaan otot soleus).

POPLETIUS SYNDROM BOLEH DISEBABKAN OLEH:
Apabila kerap menggunakan kaki terutama berjalan, berlari dan berbasikal. Otot popletius akan bekerja tanpa henti dan menyebabkan ia terdedah kepada risiko kecederaan(overused).

Kecederaan pada otot ini akan memberi kesan kepada lutut. Secara tidak langsung, patella(tempurung lutut) akan terasa sakit. Antara punca berlaku kecederaan ialah:
  • Penggunaan berlebihan
  • Melipat kaki terlalu lama-cth: menunggang motosikal, duduk bersila.
  • Kerap memutarkan kaki – cth: sukan gelanggang, bola sepak, sukan bela diri
  • Kecederaan berpanjangan pada otot hamstring
  • Masalah-masalah lutut yang lain seperti Runner’s Knee
  • Hentakan langsung(direct impact) – terjatuh atau terpukul
  • Perubahan postur badan

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SENDIRI
  • Rehat daripada aktiviti yang memudaratkan kaki.
  • Lakukan terapi ais atau sejuk sejurus selepas kecederaan. Ais atau pek sejuk boleh digunakan selama 10 minit setiap jam selama 24 hingga 48 jam.
  • Lakukan regangan ringan pada otot-otot hamstring beberapa kali sehari selagi ada rasa sakit.
  • Pakai penahan haba atau sokongan lutut untuk melindungi otot dan mendorong aliran darah.

APA AKAN KAMI LAKUKAN?
  • Kami akan menilai tahap kecederaan terlebih dahulu dengan kaedah yang spesifik.
  • Dua kaedah utama dalam pemulihan otot popliteus ialah urutan sukan dan urutan deep tissue merujuk pada jalur dan lekatan otot.
  • Program pemulihan sepenuhnya untuk menguatkan paha depan dan paha belakang seperti aktiviti regangan dan senaman yang sesuai.

Samel

Selasa, 31 Disember 2019

Kenapa perlu belajar urutan sukan?


Semenjak 2 tahun ke 3 tahun kebelakangan ini, permintaan sports massage semakin meningkat di negara kita. Seperti mana yang kita dapat lihat sekarang terlalu banyak acara-acara sukan dijalankan setiap hujung minggu sepanjang tahun. Ini merupakan satu inisiatif yang baik apabila negara kita sedang menuju ke arah negara bersukan menjelang 2020 sejajar dengan mencapai wawasan 2020. Sports massage ni dah jadi sebagai keperluan kepada masyarakat pada masa ini. Alasan kami berkata begitu kerana terlalu banyak permintaan dari masa ke masa dan ia semakin meningkat. Masyarakat sekarang dah beralih kepada sports massage berbanding urutan-urutan lain.
Perkhidmatan urutan sukan di acara marathon






Sports massage ni apa sebenarnya?
Urutan sukan ialah satu kaedah yang diguna pakai untuk memberikan kesan fisiologikal yang optimum kepada pelanggan. Ia digunakan bagi memberikan kesediaan kepada otot, meningkatkan penggunaan otot dan menyeimbangkan kadar penguncupan otot bagi tujuan untuk mengurangkan risiko terdedah kepada kecederaan sebelum, semasa dan selepas bersukan.

Jadi, kenapa perlu kita belajar sports massage? 
Kursus urutan sukan anjuran Terapi Sukan
Kita perlu mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran berkaitan sports massage bagi tujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang memerlukan seperti mana yang kita dapat lihat, permintaan semakin meningkat. Kemahiran sports massage ni bukan lah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai seorang Sports Massage Therapist, sebaliknya sebagai satu kemahiran tambahan sekiranya diperlukan. Sama seperti pengetahuan tentang pertolongan cemas, bukan untuk menjadi seorang First Aider, tetapi lebih kepada pengetahuan asas jika berlaku kecemasan.
Mungkin ada di kalangan ahli keluarga, jiran tetangga ataupun rakan sekerja yang memerlukan jadi tidak perlu ke pusat-pusat rehabilitasi atau fisioterapi bagi mendapatkan urutan sukan hanya sekadar untuk menghilangkan kelesuan otot atau mengembalikan keseimbangan otot. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu nilai tambah kepada setiap individu apabila dapat berkhidmat kepada komuniti.

Mengapa perlu memilih kami untuk belajar sports massage?
Pengajar-pengajar kami merupakan pengajar yang bertauliah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi bidang sports massage dan diiktiraf oleh Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) di mana CIAST adalah badan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan merupakan satu organisasi yang mengiktiraf pengajar-pengajar dalam bidang vokasional dan kemahiran (TVET).
Selain itu, salah seorang pengajar merupakan panel pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS) bagi bidang Sports Massage di Malaysia. NOSS merupakan satu garis panduan bagi bidang-bidang kemahiran yang didaftarkan di Malaysia mengikut standard tertentu.
Sesi pembelajaran dijalankan secara teori dan amali. Semua peserta akan dinilai secara amali dalam setiap kursus yang dijalankan.
Sijil yang dikeluarkan adalah sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Modul pembelajaran yang disahkan oleh unit kurikulum Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Sesi pembelajaran amali
Untuk belajar asas urutan sukan anda tidak perlu mencari seorang profesor untuk belajar. Ini kerana pengetahuan yang terlalu details akan menyebabkan anda lebih tidak faham dan mungkin akan menyebabkan anda hilang keyakinan untuk mengamalkannya. Lagipun, seorang profesor tidak akan melakukan urutan kepada pesakit. Jadi, mungkin ada kekurangan dari segi pengalaman berhadapan dengan masalah-masalah dengan pelanggan. Bukan bermaksud belajar dengan profesor tak bagus. Tetapi untuk belajar asas, profesor bukanlah guru yang sepatutnya anda cari.

Jom belajar Sports Massage dengan kami: Klik SINI untuk mendaftar.

Jumpa anda di sana!

Jumaat, 20 Disember 2019

Rangkuman Terapi Sukan sepanjang 2019


Tahun 2019 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Sememangnya tahun 2019 adalah tahun yang bermakna bagi kami warga Terapi Sukan. Banyak jalinan kerjasama yang termeterai antara Team Terapi Sukan dengan beberapa agensi dalam menjayakan program-program sukan di Malaysia. Kami di Terapi Sukan mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada agensi kerajaan mahupun swasta tidak lupa juga kepada NGO yang menyakini kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan sepanjang tahun 2019. Ucapan terima kasih kepada Zara SolutionRecuperer Sports Rehab Centre, Pro MMR, Armels, Dynamique Sports Rehab Center yang banyak memberikan peluang kepada kami dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan juga pengalaman dalam industri sukan di Malaysia. 

Terima kasih juga kepada agensi-agensi lain yang bekerjasama dengan kami dalam menyebarkan kepentingan dan keperluan urutan sukan kepada masyarakat dengan penganjuran-penganjuran kursus urutan sukan sepanjang tahun 2019. Antara agensi yang dekat dengan kami adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universti Malaysia Sabah (UMS), Physiocare, Universiti Utara Malaysia serta Institut Sukan Negara (ISN).

Sepertimana yang anda sedia maklum, kami adalah Team Terapi Sukan, satu pasukan dibawah Bahagian Terapi Sukan, Jabatan Perkhidmatan Sukan di ILKBS Kuala Langat, Selangor dimana ILKBS Kuala Langat adalah satu institut dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Segala pergerakan dan kerjasama yang dijalankan sudah semestinya berkait rapat dengan pihak kementerian. 

Disini, kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua rangkuman perjalanan Team Terapi Sukan sepanjang tahun 2019. 

INOVASI DAN REKA CIPTA
Warga Jabatan Perkhidmatan Sukan sentiasa memandang ke hadapan dalam menyertai program-program inovasi yang dijalankan di peringkat institut malah ada juga penyertaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat jabatan, pelajar-pelajar dibimbing oleh semua pengajar telah menyertai pertandingan inovasi I-Intech yang julung kali dijalankan di IKBN Kuala Langat. Sebanyak 8 projek yang telah disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Sukan. Daripada 8 projek tersebut, 2 daripadanya telah terpilih untuk bertandaing di peringkat daerah Kuala Langat dan juga turut bertanding di Karnival Career Fest ILKBN Zon Tengah 2019 yang dijalankan di IKBN Kuala Langat. Selain itu, salah satu projek tersebut telah dipilih untuk menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu International Learning Innovation Competetion 2019 yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia(UUM). 


LATIHAN DAN KURSUS
Kursus Pembangunan Kepakaran Pengajar
Kursus ini dijalankan sebagai inisiatif berterusan untuk memastikan jurang yang minima terhadap kompetensi tenaga pengajar bidang Terapi Sukan. Kursus-kursus yang dijalankan sepanjang tahun 2019 merangkumi aspek meningkatkan kepakaran pengajar dalam beberapa elemen pengajaran dan kemahiran yang dilihat semakin berubah sejajar dengan kehendak industri dan juga bagi menyaingi perubahan teknologi semasa dalam bidang terapi sukan. Sistem TVET Instructor eprofiling System (TiPS) digunakan bagi mengenal pasti keperluan latihan tenaga pengajar agar latihan yang betul diberikan kepada pengajar yang dikenal pasti. Berikut adalah senarai kursus yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

Bil.
Kursus
Tarikh
Bil. Peserta
Lokasi Kursus
1.
Kursus Certified Fitness Instructor
6–9 Ogos 2019
5 orang
FITM Malaysia Centre, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Latihan Sangkutan Industri
Seorang pengajar Jabatan Perkhidmatan Sukan telah menjalani Latihan Sangkutan Industri anjuran CIAST bagi mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru dalam industri. Syarikat Recuperer Sports Rehab Centre telah menjadi pilihan pengajar bagi tahun ini. Syarikat tersebut merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan terapi sukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan syarikat yang diasaskan oleh salah seorang bekas pelajar bidang terapi sukan di IKBN Kuala Langat. Banyak ilmu dan perkembangan teknologi dapat diadaptasikan sepanjang latihan sangkutan industri tersebut.

LATIHAN AMALI DI LUAR KAMPUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bagi usaha untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar dalam bidang Terapi Sukan, jabatan juga telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI. Usaha ini dilihat sangat berbaloi di mana pelajar-pelajar dapat memahami bidang terapi sukan dengan lebih meluas dan arah tuju selepas menamatkan latihan di institut.

Jabatan Perkhidmatan Sukan sering dijemput bagi memberikan perkhidmatan urutan sukan daripada penganjur-penganjur acara sukan di Malaysia. Perkara ini sangat baik di mana pelajar-pelajar diberi peluang untuk menjalankan latihan amali di luar institut bagi mendapatkan pengalaman sebenar dalam industri terapi sukan. Selain menjadi medan untuk pelajar menjalani latihan amali, program seperti ini juga menjadi salah satu sumbangan berbentuk community services yang mampu diberikan Jabatan kepada masyarakat luar. Antara acara-acara sukan yang ditawarkan perkhidmatan sukan ialah seperti:

Bil.
Acara Sukan
Tarikh
Bil. Pelajar terlibat
Lokasi Acara Sukan
1.
Malawati Run 2019
6 Jan 2019
6 orang
Malawati Mall, Kuala Lumpur.
2.
Diva Run 2019
16 Feb 2019
10 orang
Cyberjaya, Selangor
2.
Doctor Run 2019
24 Mac 2019
10 orang
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
3.
Melaka Marathon 2019
27-28 Julai 2019
15 orang
Dataran 1 Malaysia, Melaka
4.
Putrajaya Open Day 2019
4-6 Oktober 2019
6 orang
Gallery KBS Putrajaya
5.
Bulan Sukan Negara
16 Oktober 2019
20 orang
Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
6.
Langkawi International Ironman 2019
24-27 Oktober 2019
12 orang
Langkawi, Kedah
7.
Lawatan Ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI
20 Ogos 2019
81 pelajar
Universiti Perguruan Sultan Idris


PROGRAM ANJURAN JABATAN
Jabatan Perkhidmatan Sukan juga ada menganjurkan beberapa program dalaman yang bertujuan untuk menerapkan penjagaan kesihatan di kalangan warga IKBN Kuala Langat. Penganjuran program seperti ini dilihat penting dan berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan dalam kalangan warga IKBN Kuala Langat. Antara program yang dijayakan sepanjang tahun 2019 ialah:




Bil.
Program
Tarikh
Bil. Peserta
Lokasi Kursus
1.
Health & Nutrition
Promotion - Food Exchange
10 Oktober 2019
Semua warga IKBN Kuala Langat
Dewan Ibn Sina IKBN Kuala Langat
2.
Inspire Session With Firdaus Maasar
26 Oktober 2019
Semua warga IKBN Kuala Langat
Dewan Ibn Sina IKBN Kuala Langat
3.
Terapi Sukan Trail Run 2019 (TSTR 2019)
22 Sept 2019
500 orang peserta larian
Sekitar kawasan IKBN Kuala Langat

KURSUS ANJURAN JABATAN
Selain pelajar sepenuh masa, jabatan juga menjalankan kursus-kursus pendek di bawah program Tabung Amanah dan telah mencatatkan 50 orang peserta sepanjang tahun 2019. Jabatan juga terlibat dalam dua sesi kursus khas kepada penghuni-penghuni Cure & Care Vocational Center (CCVC) yang dijalankan di Kota Warisan, Sepang. Selain itu, kursus pendek lain yang dijalankan ialah satu program STAR@U bagi memberikan kemahiran kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan belia di Malaysia.

Tahun 2020 sudah semestinya menjanjikan satu cabaran yang agak menarik dengan penganjuran SUKMA 2020 di negeri Johor. Diharapkan tahun 2020 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi kami di Terapi Sukan dengan kerjasama-kerjasama dari rakan-rakan industri yang baharu serta memperkukuhkan ikatan dengan rakan-rakan yang sediaada.

Team Terapi Sukan 2019.

Selasa, 15 Oktober 2019

Advanced Sports Massage Course 2019

Nama Kursus: Advanced Sports Massage Course 2019
Yuran Kursus : RM1000
Tarikh Kursus: 16-19 November 2019
Lokasi Kursus: Studio Terapi Sukan, IKBN Kuala Langat, Jalan Sultan Abd Samad, Banting, Selangor.

Syarat: Peserta perlu memiliki sijil asas urutan sukan dari badan yang diiktiraf. Semua peserta diminta untuk menyediakan salinan sijil asas urutan sukan semasa pendaftaran kursus.